Sebahagian rumah yang masih berpenghuni di Kampung Jalan Papan, Pandamaran, Klang, Selangor, telah dirobohkan secara paksa oleh syarikat pemaju Melati Ehsan dalam operasi pengusiran paksa yang diadakan pada 10-14 November 2025.  

Namun, semangat penduduk-penduduk Kampung Jalan Papan untuk memperjuangkan hak perumahan mereka tidak dapat dipatahkan dengan perobohan rumah. Selain terus mendesak Kerajaan Negeri Selangor supaya menunaikan janjinya untuk menyediakan rumah alternatif seperti yang diputuskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), penduduk-penduduk Kampung Jalan Papan telah mengambil keputusan untuk membina semula rumah-rumah berpenghuni yang dirobohkan.

Kerja-kerja pembinaan semula rumah-rumah berpenghuni di Kampung Jalan Papan telah bermula pada 5 Disember 2025. Penduduk-penduduk bersama-sama para sukarelawan yang datang dari pelbagai tempat melakukan kerja-kerja pembersihan tapak dan pembinaan struktur rumah.

Usaha membina semula rumah yang dirobohkan di Kampung Jalan Papan telah menyampaikan satu mesej yang jelas kepada pihak pemaju yang zalim dan kerajaan yang gagal melindungi hak perumahan rakyat bahawa: pemaju boleh memusnahkan rumah penduduk, tetapi ia tidak boleh memusnahkan semangat rakyat demi mempertahankan hak mereka.

Penduduk-penduduk Kampung Jalan Papan memerlukan sumbangan dana untuk mendirikan semula rumah mereka dan mengambil tindakan mahkamah terhadap pencabul hak asasi. Jika anda hendak memberikan sumbangan dana kepada perjuangan penduduk Kampung Jalan Papan, sila salurkan kepada akaun bank berikut:

Nama akaun: Persatuan Penduduk Jalan Papan Pandamaran

Nombor akaun: 121900010007472

Bank: Alliance Bank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *