Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-26
28 Julai 2024, Johor Bahru
1. Laksanakan Pencen Warga Emas Sejagat.
2. Kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
3. Gugurkan pindaan Perlembagaan yang menyekat hak kewarganegaraan.
4. Mansuhkan akta zalim yang menyekat kebebasan demokratik seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Hasutan dan sebagainya.
5. Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
6. Kerajaan harus mencampur tangan dalam pasaran untuk mengawal harga barangan keperluan asas harian.
7. Laksanakan subsidi bersasar dengan lebih berkesan agar rasionalisasi diesel tidak membebankan golongan B40.
8. Tingkatkan gaji minimum. Bayar gaji Menteri mengikut nisbah gaji minimum tertentu.
9. Hapuskan Sistem Kontrak untuk kerja tetap.
10. Kementerian Ekonomi harus mempunyai pelan tindakan untuk meningkatkan gaji graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) selain daripada Polisi Gaji Progresif, serta unjuran kos insentif yang dijangka akan dibelanjakan.
11. Kuota pekerja migran ke Malaysia perlu dirombak kerana majikan yang tidak menawarkan kerja juga mendapat kuota tersebut sementara mereka yang memerlukannya tidak mendapat kuota.
12. Berikan permit kerja kepada semua pemohon suaka (asylum seeker).
13. Hentikan pengusiran paksa terhadap petani dan penternak. Pertahankan keterjaminan makanan dengan mewartakan semua tanah pengeluaran makanan. Peruntukkan tanah kepada petani dan tubuhkan pasukan petugas (taskforce) khas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petani, pesawah dan penternak.
14. Pinda Kanun Tanah Negara supaya peneroka asal tanah diutamakan dalam pemberian kelulusan tanah.
15. Pembasmian kemiskinan tegar perlu dilakukan secara sistematik.
16. Kerajaan harus mengawal kadar sewa rumah. Kerajaan harus membina 100,000 unit rumah PPR mampu sewa setiap tahun. Kerajaan harus melaksanakan skim perumahan untuk pekerja ladang. Tetapkan harga siling rumah kos rendah/mampu milik pada RM100,000.
17. Dakwa ahli politik yang korup, dan pantau integriti kakitangan kerajaan seperti Pejabat Daerah agar rasuah dan penyelewengan dapat diatasi.
18. Kerajaan harus menghentikan segala penindasan terhadap masyarakat Orang Asli dan Orang Asal, termasuk suku kaum Bajau Laut di Sabah. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) perlu memainkan peranan yang proaktif dalam isu ini.
19. Kerajaan harus menghentikan pemusnahan alam sekitar. Hentikan pembangunan di kawasan bukit-bakau dan hutan simpanan.
20. Perancangan bandar dan luar bandar mempunyai akses yang lebih mesra kepada pejalan kaki, OKU ke arah infrastruktur penjagaan (care infrastructure) yang mudah diakses oleh rakyat.
21.. Perkasakan perkhidmatan awam dan hentikan serta-merta apa-apa usaha yang menswastakan perkhidmatan awam.
22. Tingkatkan elaun orang kurang upaya (OKU) dari RM450 sebulan ke RM750 sebulan.
23. Kerajaan harus memperbaharui Akta Kesalahan Pilihan Raya supaya memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap salah laku.
24. Mansuhkan sistem Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti-universiti awam dan menggantikannya dengan Kesatuan Pelajar.
25. Menggesa supaya peranan Jabatan Perlindungan Data Peribadi diperluaskan dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diperluaskan untuk merangkumi entiti kerajaan.
26. Menyeru pada Kementerian Pengangkutan supaya wujudkan sistem pengangkutan awam yang komprehensif dengan:
- Meningkatkan kapasiti komuter dengan menambahkan gerabak dan frekuensi;
- MRT3 yang benar-benar berasaskan pembangunan berasaskan transit (transit oriented development);
- Tambahkan stesen, kaji semua stesen yg digugurkan;
- Tingkatkan kapasiti LRT3;
- Menambahkan bilangan landasan KTMB Lembah Klang, ECRL atau laluan pintasan.
27. Kembalikan semula pas RapidKL My30 daripada My50 yang digunakan sekarang.
28. Membantah genosid yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Kerajaan Malaysia harus menghentikan segala kerjasama dengan pembekal senjata kepada Israel. Kerajaan Malaysia perlu mengambil inisiatif yang berkesan untuk memimpin ASEAN dalam melakukan sekatan ekonomi terhadap Israel dan meningkatkan kesedaran rakyat tentang isu Palestin dari sudut hak rakyat menentukan nasib sendiri (self-determination).Mendukung hak rakyat Palestin, Papua Barat, Rohingya Myanmar dan sebagainya untuk memperjuangkan pembebasan dengan menggunakan apa jua cara perlu, termasuk perjuangan bersenjata.