(grafik: Carlos Latuff)

Berikut ialah kenyataan solidariti untuk Palestin yang dikeluarkan oleh Sekolah Merdeka dan disokong oleh pelbagai organisasi dan individu di Malaysia.

==========

Kami, Sekolah Merdeka, mengutuk sekeras-kerasnya serangan penghapusan yang berterusan, oleh Zionis ke atas warga Palestin dan perjuangan mereka di Gaza, yang berlaku sejak 7 Oktober 2023. Tindakan mengenakan kepungan terhadap 2.3 juta orang warga Palestin di Gaza; menghalang bantuan kemanusiaan; mengusir secara paksa warga dan keluarga Palestin daripada rumah mereka; mengebom secara berterusan sebuah populasi yang tidak mempunyai akses kepada air, elektrik, bahan api, serta saluran bekalan makanan dan ubat; serta turut mengebom hospital, masjid, dan gereja; adalah jenayah perang.

Kami menegaskan bahawa keganasan Israel terhadap warga Palestin merupakan kesinambungan projek penjajahan Zionis, yang bermula dengan penubuhan kerajaan kolonial pemukim (settler colonial) Israel pada tahun 1948. Keberlangsungan negara etno Israel adalah bersandarkan kepada keganasan yang berterusan, tanpa henti, dan berulang-ulang, terhadap warga Palestin yang dijajah. Keganasan tersebut sudah berlaku selama 75 tahun, dengan sokongan imperialisme Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah. Makanya, penjajahan Palestin yang berterusan (kolonialisme pemukim/settler colonialism) adalah realiti material. Kolonialisme pemukim inilah punca segala keganasan – keganasan yang dimulakan oleh entiti Zionis tersebut; suatu punca yang perlu dihapuskan sepenuhnya.

Kami menyokong warga Palestin dalam perjuangan mereka menuntut kebebasan, hak penentuan nasib sendiri (self-determination), dan kemerdekaan. Kehidupan bermaruah hanya dapat dicapai sepenuhnya dengan merobohkan semua sistem penindasan (penjajahan, imperialisme, kapitalisme, rasisme) yang dikekalkan oleh penjajah Israel dengan bantuan material daripada negara-negara imperialis Barat.

Kami mengangkat hak warga Palestin untuk menentang pembasmian kaum dan negara mereka melalui perjuangan bersenjata. Hal ini selari dengan legasi masyarakat yang terdahulu; mereka yang berjuang menentang penindas yang memulakan keganasan yang meragut maruah kaum tertindas; pejuang seperti Nat Turner, Harriet Tubman, Touissaint L’Ouverture yang memimpin pemberontakan bersenjata demi menghancurkan rantai perhambaan; dan Nelson Mandela bersama komradnya yang mengangkat senjata untuk membebaskan ibu pertiwi mereka daripada apartheid. Sepertimana yang ditekankan Ahmad Boestamam, pemimpin Angkatan Pemuda Insaf (API) serta Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditentang hebat oleh penjajah British dan sekutunya UMNO, dalam Testamen Politik API pada tahun 1946:

“Tidak ada satu bangsa di-atas muka bumi ini yang dahulu-nya terjajah yang mendapat kemerdekaan tulen, kemerdekaan seratus peratus kerana di-beri orang, melainkan kerana di-tebus dengan darah. API ada mempunyai tujuan besar dan berat ia-itu untok menchapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan apa juga yang terbuka.”

Sebagai tambahan, hak ini selaras dengan Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu A/RES/37/43.

Kami mengecam negara penjajah Israel dan media Barat yang menggambarkan warga Palestin seperti bukan manusia melalui kempen pemalsuan maklumat dan kempen propaganda bagi menyokong dan mengabsahkan tindakan keganasan terhadap mereka yang dijajah.

Tuntutan kami:

  1. Hentikan segera keganasan Israel terhadap warga Palestin, termasuk penggunaan bom fosforus putih dan pengeboman karpet (carpet bombing) – satu bentuk hukuman kolektif (collective punishment) – yang merupakan jenayah perang.
  2. Tamatkan segera kepungan di sekeliling Gaza yang sudah wujud lebih daripada 16 tahun untuk memastikan akses bebas dan penuh untuk air, makanan, internet, dan elektrik.
  3. Pastikan penghantaran bantuan kemanusiaan yang selamat, segera, dan tiada halangan di seluruh Gaza. 
  4. Pulangkan seluruh kawasan jajahan yang tertakluk kepada Pelan Pembahagian Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) 1947 kepada warga Palestin tanpa sebarang syarat.
  5. Tamatkan penjajahan Israel di bumi Palestin.
  6. Mempertanggungjawabkan Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang membekalkan senjata, latihan, amunisi, perisikan dan sokongan ketenteraan kepada Israel untuk digunakan bagi tujuan pembunuhan beramai-ramai warga Palestin.

Dari sungai ke segara, Palestin ‘kan merdeka!

Kenyataan ini disokong dan ditandatangani oleh

  • Individu:
  • 1) Armand Azra Azlira
  • 2) Fadiah Nadwa Fikri
  • 3) Ainina Sofia Adnan
  • 4) Ayman Hareez Muhammad Adib
  • 5) Audrey Chan Qian Ying
  • 6) Sean Kong
  • 7) Aarani Diana
  • 8) maimuna merican
  • 9) Sharmini Aphrodite
  • 10) Amir Iskandar
  • 11) Radha Ramanathan
  • 12) ‘Izz Daenie
  • 13) Jamie Yap
  • 14) Muhammad Yazid Mohammad Naim
  • 15) Loh Ji Yen
  • 16) Muhammad Adib Ariffin
  • 17) Farah Jamiah Fikri
  • 18) Ahmad Arzlee Hasan
  • 19) Mithiran A/L Sethu Pathy
  • 20) Audrey Mamelle
  • 21) Evelyn Patricia Ramli
  • 22) Dr. Toh Kin Woon
  • 23) Joshua Bruno
  • 24) Muhammad Noor Nabil
  • 25) Levana Talia Ho Cheng Leng
  • 26) Fatimah Tajuddin
  • 27) Juliet Chin
  • 28) Chok Seng Vui
  • 29) Dr. Muhammad Azwan Abdul Rahman
  • 30) Amir Dastan
  • 31) Muhammed Nazhrin Faisal Sabri
  • 32) Yasni Aslinda binti Muhamad Yassin
  • 33) Faliq Shafiq Zulhisham
  • 34) Marhaini Muhamad Yassin
  • 35) Haziq Abdullah
  • 36) Boon Ling Li
  • 37) Liew Jia Jiet
  • 38) Alyssa Azra
  • 39) Teh Zhe Wen
  • 40) See Tshiung Han
  • 41) Dashran Yohan
  • 42) Chok Siow Shein
  • 43) Adrian Chan Zhao Xian
  • 44) Aliff Naif Mohd Fizam
  • 45) Carlson Chew
  • 46) Aznijar Ahmad Yazid
  • 47) Marie Morais
  • 48) Hidayat Raslan
  • 49) Damien Chan
  • 50) Ika Ireena Ishak
  • 51) Muhammad Danial Afiq Adnan
  • 52) Tan Sze Qi
  • 53) Nazir Faisal
  • 54) Nurzafirah Mazlan
  • 55) Zahwa Amani Zahrullail
  • 56) Simran Dhadda
  • 57) Syed Hamid Ali
  • 58) Christopher Choong Weng Wai
  • 59) Lim Chee Cheng
  • 60) Tristan Ng
  • 61) Kueh Jun Zhao
  • 62) Mahsuri Mat Wasi
  • 63) Mustaffa Mat Wasi
  • 64) Ahmad Bashah Mat Wasi
  • 65) Kamal Mat Wasi
  • 67) Zuhriyah Abdul Rahman
  • 68) Mohd Jamil Abdul Rahman
  • 69) Faiizah Abdul Rahman
  • 70) Maryam Zakiah Mohamed Yusof
  • 71) Ellia Zuraini Mat Zin
  • 72) Zaini Bakar
  • 73) Nur Salwana Soid
  • 74) Nurul Huda Soid
  • 75) Murni Ab Ghani
  • 76) Nur Balqis Ahmad Rizal
  • 77) Farah Nurantasha Rashid
  • 78) Laura Lisa Pius
  • 79) Brian Khow
  • 80) Qhairunisha Mohd Khalid
  • 81) Hasan Al-Akraa
  • 82) Jayanath Appudurai
  • 83) Jaymani Sevanathan
  • 84) Nur Raihan Jasmani
  • 85) Sivaranjani Manickam
  • 86) Nicole Ashley
  • 87) Izzah Zahin
  • 88) Nabilah Nor Shahrin
  • 89) Harizah Hatim
  • 90) Muhammad Alif Zaid
  • 91) Khiftiah Ghazali
  • 92) Firhat Muhammad Fikri
  • 93) Adnan Abdul Rahman
  • 94) Maisarah Sofia Adnan
  • 95) Qutreen Nada
  • 96) Syed Hamzah Yahya
  • 97) Joke Zandbergen
  • 98) Dennis Chan
  • 99) Thilaga Sulathireh
  • 100) Zahrullail Ghazali
  • 101) Nurizatul Najiha Mazlan
  • 102) Fathir Ahmad Fikri
  • 103) Nurmeasuary Mazlan
  • 104) Nurizatul Erdayu Mazlan
  • 105) Nur Muzammir Mazlan
  • 106) Nurizatul Nazeema Mazlan
  • 107) Misha Umairah Mazlan
  • 108) Mazlan Mohamad
  • 109) Rohana Ariffin
  • 110) Moh Foong
  • 111) Nur Hafizah Alias
  • 112) Kamal Aarif bin Kamaruddin
  • 113) Chan Kok Tien
  • 114) JY Tan
  • 115) Rosheen Fatima Mutalip
  • 116) Bani Haykal
  • 117) Joan Poh
  • 118) Shereen Lim
  • 119) Teh Zhi Ming
  • 120) Fatimah Az-Zahra
  • 121) Abd Mutalip Bin Abdullah
  • 122) Bilal Mustaqim
  • 123) Nadia Mutalip
  • 124) Marjorie Abdullah
  • 125) Sara Nabila
  • 126) Omar bin Muhammad Ali
  • 127) Ahmad Amirul ‘Adli Bin Mat Ali
  • 128)  Arveent Kathirtchelvan
  • 129) Teh Zhi Wen
  • 130) Aidan Salman
  • 131) Faten Elya
  • 132) Mikhael Aroon
  • 133) Asmaa Rassy
  • 134) Firdaus Mohamad  
  • 135) Farah Nabilah Firdaus
  • 136) Mohd Luqman Tarmizi
  • 137) Joshua Raj Narayanan
  • 138) Barakah Shakoor
  • 139) Roland Loh
  • 140) Nabilah Syuhada Basri
  • 141) Kogilanivashini Sevarash
  • 142) Jason S Ganesan
  • 143) Dr Michael Jeyakumar Devaraj
  • 144) Muhammad Haddif Hairi
  • 145) Nur Azrin Abu Bakar
  • 146) Kar-men Cheng
  • 147) Leander Natasha
  • 148) Sharifah Khadijah Syed Razif
  • 149) Subashini Navaratnam
  • 150) Lubna Sheikh Gazali
  • 151) Shahrom Harun 
  • 152) Erika Tan
  • 153) Azeidah Lahuree
  • 154) Nadia Lim
  • 155) Sarah Ng Adhwa
  • 156) Koh Kay Yew
  • 157) Haziqah Packirgani
  • 158) Sylvia Chong Hoongli
  • 159) Syibratul Fauzana Mohd Pauzi
  • 160) Nina Mohd
  • 161) Wan Aiman
  • 162) Deborah Berenai
  • 163) Muhammad Aiman Syamim Roslan
  • 164) Syahirah Rasheed
  • 165) Nureen Mahmood
  • 166) Awang Ilham
  • 167) Daniel Lim
  • 168) Muhd Fikri Bin Suhadi
  • 169) Ahmad Shakirin Zufayri
  • 170) Hannah Batrisyia Yahya
  • 171) Awang Qarin Muqri Awang Sapri
  • 172) Syed Amirul Ashraf Wan Abdul Aziz
  • 173) Joann Kirsten
  • 174) Muhd Fikri Bin Suhadi
  • 175) Ahmad Shakirin Zufayri
  • 176) Hannah Batrisyia Yahya
  • 177) Awang Qarin Muqri Awang Sapri
  • 178) Syed Amirul Ashraf Wan Abdul Aziz
  • 179) Joann Kirsten
  • 180) Fitri Jali
  • 181) Aisyah Sara Mohd Khalid
  • 182) Shah Fariq Aizal Bin Sha Ghazni
  • 183) Mugtadi Osman 
  • 184) Hamzah Patel 
  • 185) Isyhraq Idris
  • 186) Mohammed Khaja Mohteshimuddin 
  • 187) Adam Ashraff
  • 188) Khadijah Razi Fakih
  • Organisasi:
  • 1) Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  • 2) Tenaganita
  • 3) Pemuda Sosialis
  • 4) North South Initiative
  • 5) Beyond Borders
  • 6) People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
  • 7) Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  • 8) Refugee Emergency Fund (REF)
  • 9) Pertubuhan SiraguGal
  • 10) Pusat Pelajar Marhaen
  • 11) Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  • 12) Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)
  • 13) Justice for Sisters
  • 14) Malaysian Social Research Institute (MSRI)
  • 15) Yayasan Pendidikan dan Vokasional Wanita Malaysia
  • 16) Asia Pacific Security Association Malaysia Chapter
  • 17) Projek Didik Muda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *