(Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM untuk menyampaikan takziah terhadap pemergian Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Timbalan Presiden Parti AMANAH, yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.)

oleh S. Arutchelvan

Salahuddin Ayub merupakan seorang ahli politik yang budiman dalam sejarah politik Malaysia. Beliau seorang yang sentiasa tenang dan berhati-hati dalam mengungkap kata-kata. Sukar sekali mahu mendengar beliau meninggikan suaranya.

Ada satu perbualan antara saya dengan beliau yang tidak dapat saya lupakan. Pada ketika itu, Salahuddin adalah Menteri di bawah pentadbiran Mahathir. Ketika beliau nampak saya di sebuah kedai mamak di Semenyih, dia terus mengambil tempat duduk dan menceritakan kepada saya betapa bersungguhnya beliau dalam memperjuangkan nasib orang miskin dan memberitahu bahawa begitu ramai orang dalam kemiskinan dan kerana itu kita semua kena buat yang terbaik untuk mereka. Seolah-olah beliau cuba menggambarkan pada saya apa sedang cuba dilakukan olehnya tetapi tidak dihargai. Saya lihat keikhlasannya saat beliau berkata demikian.

Beliau bukanlah dalam kalangan YB yang mahu berlagak atau sombong. Beliau seorang yang merendah diri dan itulah diri beliau. Amat sukar menemui ahli politik seperti beliau. Selamat berehat saudara Salahuddin.

Takziah buat ahli keluarga dan rakan-rakan beliau.

==========

S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *