REMBAU, NEGERI SEMBILAN – 16 NOVEMBER 2022: S. Tinagaran @ Cikgu Tina, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk kawasan Parlimen P131 Rembau, bertekad untuk membawa suara penternak kecil ke dalam Dewan Rakyat sekiranya dia dipilih sebagai wakil rakyat.

Cikgu Tina mengadakan satu sidang akhbar khas bersama Jaringan Penternak Gabungan Marhaen pada hari ini untuk mengetengahkan tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh golongan penternak kecil bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 yang sedang berlangsung ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar ini ialah wakil dari Ladang Saga dan Ladang Linsum, serta wakil daripada Jaringan Penternak.

Vijayan, wakil penternak yang hadir dalam sidang akbar ini, berkata bahawa golongan penternak, khususnya mereka yang menjalankan penternakan di ladang milik syarikat perladangan besar, menghadapi pelbagai masalah termasuk ancaman pengusiran paksa. Vijayan mengatakan bahawa masalah ini ernah dibawa kepada perhatian Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta parti-parti politik lain tetapi tiada sebarang penyelesaian yang efektif daripada pihak berkenaan.

Antara masalah yang diketengahkan oleh Jaringan Penternak ialah:

1. Harga makanan ternakan

  • Kenaikan harga makanan ternakan sebanyak 100% dalam tempoh tidak sampai 10 tahun.
  • Kenaikan harga dari tahun 2020 hingga sekarang sahaja sudah mencecah 25%.
  • Harga daging dikawal selia oleh kerajaan tetapi harga makanan ternakan dikawal selia oleh kerajaan.

2. Sistem integrasi di ladang kelapa sawit Sime Darby tidak dibantu oleh kerajaan, sebaliknya syarikat Sime Darby melaksanakan Porgram Lembu Sifar (Zero Cattle Program)

  • Penternak yang tinggal secara turun-temurun di ladang milik Sime Darby dipaksa untuk mengeluarkan ternakan mereka dari kawasan ladang Sime Darby.
  • Penternak kehilangan pendapatan. Kurangnya sistem breeding dan kos rendah yang efektif. Harga daging/lembu hidup akan melonjak naik.

Tuntutan-tuntuan yang dikemukakan oleh Jaringan Penternak ialah:

  1. Kerajaan perlu kawal harga bahan mentah ternakan;
  2. Hentikan pengusiran paksa dengan menawarkan tanah ganti yang sesuai untuk ternakan dan faktor jarak yang sesuai;
  3. Sime Darby perlu hentikan pegusiran dan benarkan penternak untuk menternak – perlunya campur tangan kerajaan dalam isu ini;
  4. Penternak perlukan subsidi – sekurang-kurangnya kawal harga dedak ternakan dengan harga kawalan yang munasabah, dan mengadakan pebincangan dengan penternak.

Gandi, Penyelaras Jaringan Penternak, menyatakan bahawa masalah ini merupakan masalah nasional dan bukan hanya berlaku di Negeri Sembilan. Oleh itu, mereka mencadangkan solusi yang patut dikemukakan dalam Parlimen untuk perubahan dasar yang melindungi nasib penternak.

“Kami berharap Cikgu Tina dapat membawa suara para penternak ke dalam Parlimen sekiranya beliau menang kerusi Rembau dalam Pilihan Raya kali ini,” kata Gandi.

One thought on “Penternak tuntut perlindungan daripada pengusiran paksa dan kenaikan makanan ternakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *