oleh S. Arutchelvan

Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah meneliti draf Persetujuan Pakatan Pilihan Raya yang diterima pada 13 Oktober 2022 antara parti-parti komponen Pakatan Harapan (yang terdiri daripada PKR, DAP, AMANAH dan UPKO) dan PSM. PSM berpendirian seperti berikut:

1. PSM secara prinsipnya bersetuju dengan Persetujuan Pakatan Pilihan Raya dengan Pakatan Pakatan Harapan (PH) yang merupakan satu dokumen prinsip-prinsip asas persetujuan bersama.

2. Terdapat beberapa perkara yang PSM memerlukan sedikit penjelasan di mana kami sedia berbincang dengan Jawatakuasa PH untuk memperhalusi dokumen pakatan pilihan raya ini.

3. Selaras dengan ini, PSM berharap isu kerusi dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini untuk memastikan kemenangan pilihan raya nanti.

==========

S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) merangkap Ketua Pengarah Biro Pilihan Raya PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *