Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

==========

Pemuda Sosialis mendesak pembebasan aktivis-aktivis di Tawau

oleh Gandipan Nantha Gopalan

Pemuda Sosialis kecewa terhadap tindakan kerajaan menangkap Mukmin Nantang dan rakan-rakannya setelah mengadakan demonstrasi aman pada hari ini (24 April 2021).

Dikhabarkan seramai 7 orang ditangkap hanya kerana berdemonstrasi di Kampung Muhibbahraya, Tawau, Sabah, yang dikurung disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tanpa apa-apa bantuan dan bekalan makanan. Pemuda Sosialis memandang serius terhadap perkara ini dan berpendapat bahawa ia adalah tanggungjawab kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Atas sebab ini, Pemuda Sosialis, bersama rakan-rakan aktivis lain, mendesak supaya saudara Mukmin Nantang dan rakan-rakannya dibebaskan serta merta, dan menyalurkan bantuan yang diperlukan untuk rakyat di Tawau. Kami akan terus bersolidariti bersama saudara Mukmin dan rakan-rakannya sehingga saudara dibebaskan dan akan terus bersuara dalam isu ini sehingga berjaya. Selagi kerajaan ini memilih jalan kuku besi, lagi kuat dan lantang suara kami akan bergema di seluruh negara.

==========

Gandipan Nantha Gopalan ialah Setiausaha Pemuda Sosialis PSM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *