1 Mei setiap tahun, warga pekerja di seluruh dunia akan mengadakan aksi jalanan untuk menyambut Hari Pekerja Sedunia. Selain memperingati perjuangan pekerja pada masa lampau yang membawa kepada perlindungan hak pekerja yang kita nikmati hari ini, pekerja-pekerja yang meraikan hari yang bermakna ini juga mengetengahkan tuntutan-tuntutan untuk memperbaiki dunia kerja dan kesejahteraan masyarakat.
Di Malaysia, sejak tahun 1994, Jawatankuasa Mei Satu yang terdiri daripada pelbagai organisasi masyarakat menganjurkan aksi sambutan Hari Pekerja. Tahun ini menandakan ulangtahun ke-25 aksi sambutan Hari Pekerja anjuran Jawatankuasa Mei Satu.
Aksi sambutan Hari Pekerja akan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun ini bertemakan “Tinggikan Gaji, Hentikan Diskriminasi“.
Marilah mengimbas kembali tema sambutan Hari Pekerja anjuran Jawatankuasa Mei Satu sebelum ini:
1994: Hak Peneroka Bandar dan Pekerja Ladang
1995: Sertakan Masyarakat Ladang Dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar
1996: Gaji Bulanan Untuk Pekerja Ladang
1997: Rakyat Menuntut Keadilan: Gaji, Rumah, Tanah, Harga Barang
1998: Krisis Ekonomi: Majikan Dibela, Pekerja Ditindas
1999: Pekerja Bersatu Menuntut Perubahan Tulen
2000: Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima
2001: Pembangunan Saksama Untuk Semua
2002: Kembalikan Hak Pekerja: Kerja, Gaji, Kesatuan
2003: Perang Kapitalis, Pekerja Merana
2004: Pekerja Menuntut Demokrasi Sejati
2005: Globalisasi Menghakis Hak Pekerja – Hentikan Penswataan Air dan Hospital
2006: Pekerja Menentang Penswastaan Air dan Hospital
2007: 50 Tahun Merdeka: Pekerja Masih Dijajah
2008: Pekerja Kuasa Perubahan:Laksanakan Janji Pilihanraya
2009: Krisis Ekonomi: Selamatkan Pekerja Bukan Kroni
2010: Rakyat Bantah GST: Cukai yang Memiskinkan Rakyat
2011: Harga Barang Naik, Gaji Bila Lagi? – Pekerja Menuntut Akta Gaji Minima
2012: Pekerja Kuasa Perubahan, Utamakan Hak Pekerja
2013: (Tiada aksi nasional kerana PRU-13)
2014: Bantah GST Sampai Tumbang
2015: Batal GST
2016: Utamakan Pekerja, Selamatkan Malaysia
2017: Hilang Kerja, Pekerja Merana – Tabung Henti Kerja Sekarang
2018: (Tiada aksi nasional kerana PRU-14)
Perhimpunan Hari Pekerja pada 1 Mei nanti akan bermula pada pukul 10 pagi, bertempat di Maju Junction, Kuala Lumpur.
Jom! Turunlah beramai-ramai pada 1 Mei ini untuk menyertai aksi perhimpunan Hari Pekerja yang penuh bermakna. Marilah kita sama-sama membina kuasa pekerja untuk memperjuangkan kesejahteraan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut tentang Perhimpunan Hari Pekerja di Kuala Lumpur, boleh ikuti laman facebook: Sambutan Hari Pekerja Mei 1 2019