oleh Nik Aziz Afiq

“Boleh tak kalau nak bantu orang tak payah pakai nama parti politik? Nampak tak ikhlas tau tak!”

“Asyik update parti dia bantu orang sini sana, lapar perhatian betul, macamlah parti dia je yang tolong orang.”

Ini komen biasa yang saya selalu dengar dan terima. Biasanya saya senyum sahaja sebagai jawapan lalu suara-suara ini penat sendiri dan terdiam juga akhirnya.

Kita nak parti politik yang macam mana sebenarnya?

Adakah kita nak parti yang bergaduh luar dan dalam 24 jam? Atau apakah kita berhasrat adanya parti yang hanya buat kerja bila sampai masa pilihanraya?

Bila buat kerja dikatakan tidak ikhlas. Habis tak payah buat kerja? Nanti dikatakan parti tak membela rakyat pulak.

Bila ditunjuk khidmat bakti yang dibuat dikatakan sengaja nak raih publisiti tetapi bila orang politik bercakaran sesama sendiri tiap masa kita kata muak dengan politik yang kotor dan tak pentingkan rakyat.

Sepatutnya kita mempersoalkan bila tak nampak parti politik bantu rakyat.

Bila pemimpin berdegar-degar berceramah sana sini, kita patut berani ambil tahu apa projek kebajikan atau khidmat yang dia lakukan, jika tiada kita persoalkan.

Bagi galakan dan sokongan moral bila mana-mana individu mahupun parti buat benda baik sekalipun itu bukan parti kita atau kita cukup menyampah dengan politikus.

Tugas parti politik adalah berkhidmat kepada rakyat. Bila tugas ini dijalankan, kalaupun kita tidak sokong, tidak perlulah kita mahu melemahkan. Kalau kita rasa tercabar kerana parti kita tak buat perkara sama maka sepatutnya kita mengubah parti kita, bukan parti orang lain.

Akhir sekali, saya selalu impikan alangkah indah jika newsfeed facebook saya dipenuhi dengan berita orang dari parti ini sedang membantu ibu tunggal di sana, orang parti B sedang bawa aduan pekerja disini, orang parti C sedang buat sidang media bela Orang Asli, orang parti D terbitkan jurnal kajian kemiskinan Borneo.

Namun, mungkin impian itu terlalu tinggi. Buat masa ni hanya pergaduhan demi pergaduhan yang melintasi newsfeed saya.

==========

Nik Aziz Afiq ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda PSM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s