Orang yang patut takut pada sosialis ialah:
i. Mereka yang menggondol sumber alam, titisan peluh warga buruh dan kekayaan masyarakat untuk mengkayakan diri sendiri dan sekutunya;
ii. Mereka yang menyembunyikan kekayaan mereka (yang kebanyakannya melalui penipuan dan pemerasan ke atas rakyat biasa) di tempat berlindung cukai;
iii. Mereka yang hidup secara mewah atas kesengsaraan rakyat bawahan;
iv. Mereka yang tidak mahu rakyat marhaen mengambilalih kuasa untuk menentukan nasib mereka sendiri secara bersama.