Jika bukan sekarang, bila lagi? – Masyarakat sivil gesa Kerajaan Malaysia sokong penepian hak harta intelek WTO

Penggantungan penguatkuasaan hak harta intelek di bawah TRIPS akan membebaskan teknologi-teknologi perubatan dan membenarkan lebih banyak pengeluar, termasuk pengeluar-pengeluar di negara-negara sedang membangun, untuk mempercepatkan dan meningkatkan pengeluaran vaksin, ubat-ubatan, diagnostik, ventilator dan produk perubatan lain yang diperlukan untuk menangani COVID-19.

Pertempuran Seattle 1999 yang ganggu WTO: Perjuangan lawan neoliberalisme yang belum selesai

20 tahun dahulu, pada 30 November 1999, di bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS), ketika Persidangan Peringkat Menteri Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang ke-3 dijadualkan untuk berlangsung mulai hari itu, jalan-jalan yang menuju ke Pusat Persidangan Negeri Washington (WSCC) telah disekat. Beberapa perarakan berlangsung pada hari itu, dengan membawa isu-isu masyarakat kepada perhatian umum ketika pemimpin-pemimpin … Continue reading Pertempuran Seattle 1999 yang ganggu WTO: Perjuangan lawan neoliberalisme yang belum selesai