Pekerja-pekerja Ladang Elmina di Sungai Buloh, Selangor, akhirnya menandatangani perjanjian jual beli bagi perumahan mereka. Rumah yang bakal diperolehi mereka ini sungguh istimewa, iaitu Rumah Selangorku Jenis C, Pangsapuri Harmoni Elmina yang sedang dibina di lokasi yang sama dengan tempat yang mereka telah tinggal dan membanting tulang selama 3 generasi sebagai pekerja Ladang Elmina.