Kerajaan Negeri Perak harus mengambil tindakan konkrit dan segera untuk mengekalkan tanah kerajaan serta kawasan lapang di sekitar Klinik Kesihatan Menglembu bagi tujuan pembesaran fasiliti kesihatan awam dan penyediaan tempat letak kenderaan.
Peruntukan RM30 juta turap jalan di Perak: Jangan tunggu hingga PRU-16, laksanakan segera!
Infrastruktur dan kemudahan jalan raya yang selamat serta selesa adalah hak asas setiap penduduk di Perak. Kerajaan Negeri Perak dan KPKT perlu bertindak pantas, telus, dan adil dalam menyalurkan peruntukan ini demi keselamatan serta kesejahteraan seluruh rakyat Perak.
Jangan salahkan warga emas dan keluarga mereka atas kesesakan di hospital
PSM Perak berpandangan bahawa isu kesesakan di hospital kerajaan perlu ditangani dengan mencari punca sebenar dan penyelesaian yang berkesan, bukannya meletakkan kesalahan kepada warga emas dan ahli keluarga mereka yang hadir untuk mendapatkan rawatan.
Bumbung Hospital Kampar bocor! Janji MADANI untuk hospital baharu masih tinggal janji
Insiden ini mencerminkan keadaan sebenar sistem kesihatan awam negara yang semakin uzur dan gagal diberikan perhatian sewajarnya walaupun kerajaan sering melaungkan komitmen terhadap kesejahteraan rakyat.
“Sabtu milik rakyat, Ahad untuk ilmu”: PSM Perak kemukakan 6 tuntutan rakyat
PSM Negeri Perak melancarkan kempen yang bertema “Sabtu Milik Rakyat, Ahad Untuk Ilmu”.
Menteri Nga Kor Ming lancar “I LITE YOU”, PSM seru ambil inspirasi kemenangan Mamdani untuk “Kembalikan Undi Ketiga”
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu mengambil pengajaran daripada kebijaksanaan pengundi New York yang memilih seorang Datuk Bandar Muslim di bandar yang majoritinya bukan Islam dan mengimport aspirasi itu ke Malaysia untuk mencahayakan demokrasi di Malaysia.
Isu pejabat kosong: Undang-undang sedia ada cukup, URA hanya jejas hak pemilik!
URA berpotensi menjadikan kepentingan pemaju lebih utama daripada kepentingan rakyat. Sedangkan isu sebenar yang harus diutamakan ialah bagaimana ruang kosong dapat digunakan untuk memenuhi keperluan rumah mampu milik dan kesejahteraan rakyat.
Kembalikan pilihan raya kerajaan tempatan: Pertahankan demokrasi, kawal undang-undang seperti URA
Kerajaan yang bertanggungjawab adalah kerajaan yang mendengar suara rakyat dan menghormati hak demokrasi mereka. Pemulihan pilihan raya kerajaan tempatan bukan sekadar isu politik, tetapi hak asasi rakyat untuk memilih wakil mereka di peringkat akar umbi.
Lindungi petani tempatan, kunci keterjaminan makanan negara
Petani memainkan peranan penting dalam memastikan jaminan makanan untuk komuniti kita dan wajar menerima sokongan bukan pengusiran.
“Jangan naikkan tarif air!”: Seruan PSM kepada Kerajaan Negeri Perak
PSM menggesa Kerajaan Negeri Perak supaya jangan menaikkan tarif air di negeri Perak.
