Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.
New Caledonia: Masyarakat Kanak terus perjuangkan hak menentukan nasib sendiri
Gelombang protes tercetus di New Caledonia, sebuah tanah jajahan Perancis yang terletak di Barat Daya Lautan Pasifik, dengan penduduk masyarakat orang asal di situ membantah tindakan kerajaan pusat Perancis yang menjejaskan hak masyarakat Kanak untuk menentukan nasib sendiri.