Perjuangan pembebasan hamba di Amerika (Siri Revolusi Dunia – 11)

Apabila dunia melangkah ke dalam zaman moden dengan kemunculan kapitalisme, dari kapal-kapal pengangkut hamba yang merentasi Lautan Atlantik ke kawasan perladangan yang terbentang luas di bumi Amerika, golongan hamba yang diperah tenaga mereka secara paksaan itu sering kali bangkit melawan. Setiap sebatan cambuk yang meninggalkan luka di atas badan hamba, lambat laun pasti dibalas dengan kebangkitan hamba yang hebat untuk menentang penindasan, menuntut kebebasan, menebus keadilan, menegakkan kesamarataan dan memulihkan kemanusiaan.

Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah

Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah