Revolusi 1848 (Siri Revolusi Dunia – 09)

“Seekor hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki sebuah perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.

Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”

Hampir 10,000 orang rakyat Hungary turun berprotes di Budapest, ibu negara Hungary, pada 16 Disember 2018 untuk membantah undang-undang buruh baru negara tersebut yang disifatkan sebagai “undang-undang hamba”. Para demonstran turut menyuarakan tentangan mereka terhadap pentadbiran kerajaan berhaluan kanan yang dipimpin Perdana Menteri Viktor Orbán. Gelombang protes terbaru di Hungary baru-baru ini merupakan aksi bantahan … Continue reading Hungary: Rakyat protes bantah “undang-undang hamba”