Evo Morales (kanan) dan Álvaro García Linera (kiri), disambut oleh lebih sejuta orang rakyat Bolivia yang berhimpun di wilayah Cochabamba. Selepas setahun dijatuhkan oleh kudeta yang disokong oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat sehingga terpaksa hidup dalam buangan di luar negara, Evo Morales, bekas Presiden Bolivia yang merupakan ketua negara Bolivia pertama yang berasal daripada masyarakat … Continue reading Bolivia: Morales pulang ke tanahairnya selepas setahun
Bolivia: Sosialis tewaskan puak kanan yang sokong kudeta
Luis Acre (nombor empat dari kiri), calon MAS untuk Presiden Bolivia, dan David Choquehuanca, calon MAS untuk Timbalan Presiden Bolivia, meraihkan kemenangan mereka dalam Pilihanraya Umum Bolivia pada 18 Oktober 2020. Selepas hampir setahun kerajaan Evo Morales di Bolivia dijatuhkan dalam kudeta tentera yang disokong oleh golongan berhaluan kanan yang bersekongkol dengan kuasa imperialis Amerika … Continue reading Bolivia: Sosialis tewaskan puak kanan yang sokong kudeta
Bolivia: Rakyat bangkit tuntut pilihanraya bebas dan penyingkiran rejim kudeta
Gelombang aksi protes yang baru melanda seluruh negara Bolivia sejak 3 Ogos 2020, apabila gerakan sosial, kesatuan pekerja, kumpulan petani dan organisasi masyarakat orang asal, turun berdemonstrasi di jalanan untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan kerajaan sementara Bolivia di bawah pimpinan Jeanine Áñez yang menangguhkan pilihanraya umum di negara itu. Selain menuntut pilihanraya yang bebas … Continue reading Bolivia: Rakyat bangkit tuntut pilihanraya bebas dan penyingkiran rejim kudeta
“Kami akan jatuhkan sesiapa ikut kehendak kami!” – Elon Musk dan Bolivia
Pada 24 Julai 2020, Elon Musk, CEO kepada syarikat kereta elektrik terbesar Tesla, Inc. dan orang yang kesembilan terkaya di dunia pada masa kini, menulis dalam satu hantaran twitternya mengkritik bahawa satu lagi pakej rangsangan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) bukan demi kepentingan rakyat. (“Another government stimulus package is not the best interest of the … Continue reading “Kami akan jatuhkan sesiapa ikut kehendak kami!” – Elon Musk dan Bolivia
Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Evo Morales, Presiden Bolivia yang dipilih secara demokratik, telah mengumumkan perletakan jawatan pada 10 November 2019, selepas pihak tentera menyatakan sokongan terhadap kudeta yang dilancarkan oleh golongan berhaluan kanan. Golongan berhaluan kanan telah melancarkan demonstrasi dan rusuhan selepas Pilihanraya Umum di Bolivia pada 20 Oktober 2019. Evo Morales diisytihar menang dalam Pilihanraya Presiden yang diadakan … Continue reading Bolivia: Kudeta golongan kanan pijak demokrasi rakyat
Bolivia: Morales menang dalam Pilihanraya Presiden untuk kali ke-4
Evo Morales menang dalam pusingan pertama Pilihanraya Presiden yang menyaksikan persaingan sengit, dan meneruskan kepresidenannya untuk kali keempat berturut-turut. Pada 24 Oktober 2019, dengan 99.9% undi telah dikira, Tribunal Pilihanraya Agung Bolivia (TSE) mengisytihar secara rasminya Evo Morales sebagai pemenang Pilihanraya Presiden yang diadakan pada 20 Oktober 2019. Evo Morales, calon daripada Gerakan untuk Sosialisme … Continue reading Bolivia: Morales menang dalam Pilihanraya Presiden untuk kali ke-4