Lebih 8 juta orang turun berprotes di seluruh negara untuk menentang kerajaan pimpinan Donald Trump yang penuh kepincangan dan kezaliman.
Perjuangan pembebasan hamba di Amerika (Siri Revolusi Dunia – 11)
Apabila dunia melangkah ke dalam zaman moden dengan kemunculan kapitalisme, dari kapal-kapal pengangkut hamba yang merentasi Lautan Atlantik ke kawasan perladangan yang terbentang luas di bumi Amerika, golongan hamba yang diperah tenaga mereka secara paksaan itu sering kali bangkit melawan. Setiap sebatan cambuk yang meninggalkan luka di atas badan hamba, lambat laun pasti dibalas dengan kebangkitan hamba yang hebat untuk menentang penindasan, menuntut kebebasan, menebus keadilan, menegakkan kesamarataan dan memulihkan kemanusiaan.
AS bertindak samseng serang Venezuela dan culik presidennya
Kuasa imperialis AS berniat untuk memusnahkan usaha Revolusi Bolivar di Venezuela.
AS: Zohran Mamdani dipilih Datuk Bandar New York
Kemenangan Zohran Mamdani mempunyai makna yang signifikan dalam politik AS. Ia boleh merangsang kebangkitan politik progresif yang mencabar susunan kapitalis yang sedia ada, dengan penglibatan aktif anak muda, golongan minoriti dan rakyat bawahan demi masyarakat yang lebih adil dan manusiawi.
Perjuangan Kemerdekaan Amerika Latin (Siri Revolusi Dunia – 07)
Perjuangan kemerdekaan Amerika Latin merupakan gelombang perjuangan anti-kolonial yang hebat, di mana sesetengahnya berpandukan idea-idea radikal untuk penghapusan perhambaan, kebebasan sivil, kesamarataan kaum, kedaulatan rakyat dan penyatuan bangsa tertindas.
Revolusi Haiti (Siri Revolusi Dunia – 06)
Revolusi Haiti merupakan satu-satunya pemberontakan hamba yang berjaya dalam sejarah. Revolusi Haiti melahirkan sebuah negara baharu yang bebas daripada perhambaan. Haiti menjadi negara berdaulat pertama yang diasaskan oleh golongan bekas hamba kulit hitam, dan negara moden kedua di Hemisfera Barat yang mencapai kemerdekaan daripada kuasa imperialis Eropah, selepas Amerika Syarikat. Haiti juga merupakan negara berdaulat pertama di Amerika yang menghapuskan perhambaan secara berkekalan, enam dekad lebih awal berbanding Amerika Syarikat.
Uruguay: Gabungan kiri menang Pilihan Raya Presiden
Golongan berhaluan kiri kembali berkuasa di Uruguay selepas Yamandú Orsi daripada Frente Amplio menang dalam Pilihan Raya Presiden Uruguay.
Revolusi Amerika (Siri Revolusi Dunia – 04)
Revolusi Amerika merupakan satu revolusi demokratik borjuis yang berusaha untuk mewujudkan sebuah negara bangsa dengan masyarakat kapitalis yang bebas daripada cengkaman kuasa asing. Revolusi ini secara dasarnya memanfaatkan golongan borjuis baharu yang datang daripada golongan peneroka kolonial berkulit putih di Amerika Utara, membolehkan mereka menguasai ekonomi di tanah bekas jajahan British dan membuka ruang yang lebih besar kepada pembangunan serta perluasan ekonomi kapitalis Amerika Syarikat yang lebih lanjut.
Pilihan Raya Presiden AS 2024: Trump kembali berkuasa dengan Demokrat hilang banyak sokongan
Donald Trump bakal kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Kamala Harris yang merupakan penyandang jawatan Naib Presiden AS dalam satu keputusan pilihan raya yang tidak begitu mengejutkan.
Peru: Rakyat miskin protes lawan rejim kudeta
Rakyat Peru berprotes untuk menuntut perletakan jawatan segera Dina Boluarte sebagai Presiden Peru, pembubaran Kongres Peru yang dikuasai oleh golongan berhaluan kanan, pilihan raya baharu dan pembentukan Perhimpunan Perlembagaan untuk mengubah Perlembagaan 1993 negara itu.
