“Squid Game”: Mobiliti sosial yang penuh keganasan dalam kapitalisme

Di sebalik visual yang mempersonakan, adegan aksi yang mendebarkan, jalan cerita yang menarik dan persembahan dramatik untuk tragedi yang menyayat hati, siri drama “Squid Game” cuba meneroka dan mengupas isu-isu sosial yang bukan sahaja menyentuh hati penonton di Korea Selatan, tetapi juga mewujudkan gema dalam kalangan masyarakat umum di peringkat global. Siri drama ini mempersembahkan ilustrasi realiti kehidupan ramai orang pada hari ini: kesusahan hidup dalam sistem kapitalis, perampasan sifat kemanusiaan daripada manusia di bawah suasana persaingan ekonomi, dan percanggahan kelas masyarakat yang membiak pelbagai masalah yang lain.

Pengasingan

Apabila pengeluaran komoditi (iaitu barangan dihasilkan untuk dijual bagi mendapatkan nilai tukarnya) menjadi sesuatu perkara yang rutin dan biasa dalam masyarakat kapitalis, maka wujudnya satu fenomena yang dipangggil pengasingan atau alienasi (alienation). Pengasingan merupakan satu konsep penting yang digunakan oleh Karl Marx untuk menerangkan buruh upah (wage labour) dalam sistem kapitalis. Pengasingan membawa maksud benda … Continue reading Pengasingan