
Oleh Cecilia Anthonysamy
Kenapa pengundi di kawasan DUN N48 Skudai, Johor, patut mengundi untuk menyokong Sosialisme, Parti Sosialis Malaysia (PSM), dan Amir, calon nombor 4 di situ?
Dalam sistem ekonomi kita sekarang, ramai orang rasa tersepit, gaji tidak mencukupi, dan rumah terlalu mahal, sedangkan banyak kontrak disapu oleh kroni.
Akar masalah ekonomi Malaysia, bahkan di seluruh dunia, ialah sistem kapitalis, di mana orang kaya bertambah kaya, orang miskin bertambah miskin. Jurang antara yang kaya dan yang miskin adalah besar, malah semakin besar.
Hanya PSM yang mengajukan sistem ekonomi lebih adil, iaitu Sosialisme. Parti-parti yang lain semuanya menyokong kapitalis.
Parti Sosialis Malaysia (PSM), melalui analisisnya terhadap masalah pekerja ladang, pekerja kilang, petani dan sebagainya, mendapati bahawa masalah ekonomi memerlukan perubahan struktur ekonomi.
Struktur ekonomi politik sekarang berpihak kepada orang kaya, orang yang berkuasa dan orang atasan.
Hanya sistem ekonomi SOSIALIS yang membela hak orang miskin dan menjamin hak semua orang secara saksama. Ini kerana sistem ekonomi sosialis mengagihkan semula keuntungan syarikat dengan lebih saksama mengikut keperluan.
Sosialisme memastikan gaji yang cukup untuk sara hidup (living wage), rumah selesa, kesihatan berkualiti dan pendidikan percuma untuk semua. Sosialisme memastikan jurang antara yang kaya dan yang miskin dikurangkan agar semua rakyat hidup bersama secara sejahtera. Ini barulah masyarakat yang adil.
Dalam sistem sosialis, keputusan dibuat melalui perbincangan di semua peringkat. Di tempat kerja, semua pekerja akan diberi kuasa untuk berbincang dan membuat keputusan secara bersama dengan pihak majikan supaya ia lebih adil.
Undilah sosialis untuk sistem yang lebih saksama dan kuasa di tangan rakyat!
Rakyat di kawasan DUN N48 Skudai, Johor, undilah SOSIALIS! Undilah Amir, calon nombor 4!
Undi untuk keuntungan dibahagikan dengan lebih adil. Undilah Sosialis untuk mengurangkan jurang antara yang kaya dan yang miskin, serta menuntut gaji mampu sara hidup RM3,200.
Fikirkanlah masa depan anak dan keluarga anda. Pilih Sosialis! Tolak Kapitalis!
Undi PSM! Undi Amir! Undi calon nombor 4 di Skudai!
==========
Cecilia Anthonysamy ialah seorang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM).
