oleh Goh Chee Pheng

Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Subang mengambil maklum bahawa mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights telah ditempatkan di pusat perlindungan sementara oleh pihak kerajaan dan Petronas. Namun, langkah ini hanya penyelesaian jangka pendek. Dengan sesi persekolahan akan bermula dan ramai yang perlu kembali bekerja, mangsa kejadian memerlukan rumah yang sesuai—bukan sekadar tempat perlindungan sementara.

Kami menuntut agar Kerajaan dan Petronas mengambil tindakan segera berikut:

  • Penyediaan tempat tinggal yang selesa – Semua mangsa perlu ditempatkan di rumah atau hotel yang sesuai, bukannya di dewan komuniti atau pusat perlindungan sementara. Kanak-kanak memerlukan persekitaran yang stabil untuk kembali ke sekolah, dan orang dewasa perlukan tempat tinggal yang selesa untuk meneruskan pekerjaan mereka.
  • Bantuan persekolahan dan pengangkutan – Sokongan segera harus diberikan untuk memastikan kanak-kanak boleh kembali ke sekolah tanpa gangguan, termasuk penyediaan pengangkutan serta keperluan asas bagi mereka yang kehilangan barang keperluan akibat kebakaran.

Mangsa kebakaran perlu diberikan tempat tinggal yang lebih baik agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa sementara menunggu rumah mereka dibaiki atau dibina semula. Kerajaan dan Petronas perlu bertindak segera untuk memastikan kebajikan mangsa tidak terabai.

==========


Goh Chee Pheng ialah Timbalan Pengerusi PSM Cawangan Subang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *