(Berikut ialah isi kandungan memorandum yang diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 1 Oktober 2024.)

Nisbah rakyat Malaysia yang berumur 65 tahun ke atas sedang meningkat secara mendadak. Pada masa ini, 2.6 juta orang ataupun 7.7 % penduduk Malaysia berumur 65 tahun ke atas. Nisbah ini dijangka meningkat kepada 8.7% menjelang tahun 2030 dan 14.5% pada tahun 2040.

Kumpulan warga emas di Malaysia sedang menghadapi pelbagai cabaran, dan antara yang terbesar, adalah ketiadaan simpanan wang yang mencukupi untuk keperluan asas mereka selepas berhenti kerja. Seperti yang diketahui:

  • 16.4 juta orang rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pasaran buruh pada masa ini, tetapi hanya 8.3 juta orang mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan 1.4 juta orang lagi merupakan kakitangan kerajaan.
  • Bakinya rakyat Malaysia yang bekerja, 6.7 juta orang, langsung tiada perlindungan, sama ada KWSP ataupun pencen kerajaan. Mereka bekerja sebagai pekerja sambilan, pesawah, pekebun getah dan kelapa sawit, nelayan, peniaga kecil, dan pekerja gig dengan pendapatan yang kecil dan tidak menentu.
  • Bagi 8.3 juta orang pekerja yang sedang mencarum kepada KWSP, adalah dijangka oleh pihak KWSP bahawa kurang daripada 1/3 antaranya yang mampu mengumpulkan  RM240,000 ataupun lebih sebelum mencapai umur persaraan. 2/3 ataupun 5.5 juta orang pekerja dalam sektor formal swasta dijangka tiada simpanan KWSP yang mencukupi semasa bersara.
  • Jumlah rakyat Malaysia yang berumur antara 20 hingga 65 tahun adalah 22 juta orang. Hanya 16.4 juta orang melibatkan diri dalam pasaran buruh. Ini bererti bahawa terdapat 5.4 juta orang rakyat Malaysia yang berumur antara 20 hingga 65 tahun yang tidak bekerja di luar rumah, sama ada menjadi suri rumah tangga, kumpulan OKU, mereka yang sakit, penganggur dan sebagainya.

Daripada angka-angka di atas, adalah jelas bahawa kurang daripada 40% warga emas di Malaysia mempunyai perlindungan kewangan untuk diri mereka. Di samping itu, pendapatan anak-anak mereka adalah rendah. Gaji median pekerja masa ini adalah hanya RM2,844 sebulan – memang tidak mencukupi untuk menjaga isteri dan anak. Amat sukar untuk orang umum membiayai semua keperluan ibu bapa.

Justeru, kami mengesyorkan pencen bulanan sebanyak RM500 untuk setiap orang yang berumur 65 tahun ke atas yang tidak menerima pencen kerajaan ataupun mempunyai simpanan KWSP yang melebihi RM1 juta. Syor ini disokong oleh orang ramai dan juga kumpulan masyarakat sivil ataupun NGO.

Bayaran pencen RM500 sebulan masih tidak mencukupi untuk penerimanya hidup berseorangan. Tetapi wang pencen ini akan banyak membantu untuk keluarga mereka dalam menampung keperluan harian, dan akan memainkan peranan besar dalam membolehkan mereka hidup dengan bermaruah.    

Pelaksanaan skim pencen ini juga akan meningkatkan permintaan kasar untuk perniagaan kecil seperti penjaja kecil seperti di pasar malam, dan ini akan membantu golongan peniaga kecil di seluruh negara.

Perbelanjaan untuk pelaksanaan skim ini adalah lebih kurang RM11 bilion. Ini adalah satu angka yang besar, tetapi skim pencen ini adalah amat perlu untuk rakyat Malaysia pada masa ini. Pada bulan Oktober 2023, pihak kami telah mengemukakan beberapa cadangan bagaimana Kerajaan Persekutuan boleh meningkatkan pendapatan kerajaan.  

Memorandum ini diendors oleh organisasi-organisasi berikut:

  1. Agora Society Malaysia 
  2. Aliran
  3. All Women’s Action Society (AWAM)
  4. Borneo Komrad
  5. EMPOWER
  6. Gabungan Darurat Iklim Malaysia (GDIMY)
  7. Gabungan Marhaen
  8. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
  9. HAYAT
  10. IDRIS
  11. Karunjathai Ilainjar Padai
  12. Kelab Bell Belia Tamil Petaling Jaya
  13. KLSCAH Youth
  14. Koogai Publication
  15. Kuliah Buku
  16. North South Initiative (NSI)
  17. OHMSI Sdn Bhd
  18. Persatuan Amal Progresif
  19. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK)
  20. Persatuan Dravidian Malaysia
  21. Persatuan Kebajikan Kelestarian Komuniti Kuala Lumpur (KLRA + SD)
  22. Persatuan Kebajikan Periyar Narphani Mandram, Parit Buntar, Perak
  23. Persatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (KESPA)
  24. Persatuan Kebudayaan Dan Sosial India Bandar Baru Kangar Pulai, Johor Bahru
  25. Persatuan Kesihatan Reproduktif Kelantan (ReHAK)
  26. Pertubuhan Pelajar Intelektual Tamil Malaysia (ASSIST Malaysia)
  27. Persatuan Pendidikan dan penyelidikan dan penyelidikan untuk Pengguna-pengguna Pahang (ERA Pahang)
  28. Persatuan Penganut Periyar Perak
  29. Persatuan Pengendali Jagaan Berkediaman Warga Emas Se-Malaysia (AGECOPE)
  30. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
  31. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  32. Pertubuhan Pemikiran dan Kesedaran Tamil Malaysia
  33. Pertubuhan Perikemanusian Thiravidar Kazhagam Malaysia
  34. Persahabatan Semparuthi
  35. Pertubuhan SiraguGal
  36. PurpleLily Social Association Kuching
  37. Ruang Kongsi  
  38. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  39. Seniors Aloud
  40. Sisters In Islam (SIS)
  41. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
  42. Sustainable Development Network (SUSDEN)
  43. Tenaganita
  44. Third World Network
  45. Women’s Aid Organisation (WAO)

2 thoughts on “Seruan kepada PMX: Bentangkan Pencen Warga Emas dalam Belanjawan 2025

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *