Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyatakan sokongannya kepada penyertaan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Ayer Kuning di Perak, dan bersedia untuk berkempen bersama PSM semasa PRK Ayer Kuning.

“MUDA mengambil maklum keputusan PSM untuk bertanding dalam PRK Ayer Kuning,” begitu katanya kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Politik MUDA pada 23 Mac 2025. “Keputusan ini memberi peluang kepada rakyat untuk memilih alternatif selain dua gabungan utama yang mendominasi politik negara.MUDA menghormati pendirian PSM dan menyokong usaha memperjuangkan politik berprinsip yang berpaksikan rakyat, khususnya dalam isu kos sara hidup, keadilan sosial, perumahan, alam sekitar, serta hak pekerja dan masyarakat terpinggir. ”

“Sebagai tanda sokongan terhadap politik alternatif, MUDA akan mula bekerja bersama PSM di bilik gerakan PRK Ayer Kuning dalam masa terdekat,” ulas Biro Politik MUDA dalam kenyataannya. “Kehadiran MUDA di lapangan bertujuan memastikan kempen ini membawa suara rakyat dan menolak politik perkauman serta persaingan elitis yang sering membelenggu pilihan pengundi.”

“MUDA menyeru para pengundi di Ayer Kuning untuk memilih politik yang berprinsip dan membawa perubahan sebenar,” tambah MUDA. “MUDA komited untuk terus bekerjasama dengan parti politik yang berkongsi aspirasi membina politik baharu yang lebih adil, progresif, dan berintegriti.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *