oleh Dr. Nasir Hashim

Janganlah kau bersedih lagi

Sesungguhnya, kesayangan

  mu itu, tetap bersama mu

    bila kau menyeru

     namanya selalu

Kerana alam barzakh tidak

  dibatasi ruang dan masa

Kerana kesayangan mu itu

  sentiasa menyaksi dan

    menegur mu bila perlu

Janganlah kau terkilan

   dengan kesuntukan dan

     ketentuan masa kerana

      hukum Allah sudah pun

        begitu

Janganlah kau cuba

   menghitung takdir kerana

    Allah sajalah yang Maha

     Tahu dan Maha Menentu

Maka kita bersyukur,

   berusaha dan berpasrah

    dalam detikan masa yang

     serba sementara  

Sebelum roh kita yang

   sentiasa merindui,

    dipanggil pulang

      ke pangkuan Ilahi

==========

Dr. Nasir Hashim ialah mantan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *