oleh S. Arutchelvan

Parti Sosialis Malaysia (PSM) terkejut dengan berita tentang Saudara Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang, akan dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mengkritik penganugerahan kontrak penyediaan rangkaian 5G yang kedua di negara kita kepada U Mobile.

Hassan Karim telah menjadi satu-satunya suara dan jiwa semangat Reformasi yang masih wujud dalam PKR dan Dewan Rakyat Parlimen. Satu-satu kesalahannya ialah beliau berprinsip dan berpegang teguh pada pendiriannya. Apabila ramai orang dalam gerakan Reformasi telah mengambil pendekatan berdiam diri atau menjadi sekadar pak turut kepada golongan elit pemerintah, Hassan tetap berpegang pada semangat Reformasi 1998.

Kami berharap bahawa kebijaksanaan dan keadilan akan ditegakkan, dan pertuduhan terhadapnya digugurkan. Apabila ramai orang telah dipecat daripada parti kerana bertukar pendirian, isu-isu berkaitan kesalahan jenayah dan korupsi; hanya Hassan Karim sahaja yang bersikap jujur dan berterus-terang. Beliau merupakan suara kepada ramai orang tetapi diasingkan oleh partinya sendiri yang telah tersasar daripada matlamat reformasi asalnya.

Mendiamkan Hassan Karim sama dengan membungkam kesedaran dalam gerakan Reformasi yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini.

==========

S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *