oleh S. Arutchelvan
Adalah pendapat kami dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM) bahawa semua pihak patut mengambil satu langkah ke belakang dengan tidak meneruskan sebarang mobilisasi berwajahkan satu etnik atau satu agama kerana tindakan sebegini tidak akan membawa apa-apa yang baik untuk masa depan Malaysia.
Sebaliknya, juara sebenar untuk politik negara adalah mereka yang berjaya menggerakkan semua kaum dan kumpulan agama dalam satu perhimpunan bersama menuju keamanan dan isu-isu kepentingan bersama. Mobilisasi berasaskan satu kumpulan etnik dan agama hanya akan mendorong orang menyerang satu sama lain sebagai rasis. Ini akan terus melebarkan jurang perkauman dan mengancam keamanan yang sedia ada.
PSM tidak menggalakkan ahli-ahlinya untuk mengambil bahagian dalam mobilisasi berasaskan satu etnik atau agama ini. Sebaliknya, adalah lebih baik untuk segala tenaga kita digunakan secara berkesan untuk memperjuangkan isu-isu yang melibatkan masalah semua kaum dan agama, seperti isu jaminan kerja, rumah mampu beli dan keperluan untuk darurat iklim.
==========
S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).