42993681_2131081296915733_4087841952689553408_n.jpg

KUALA LUMPUR – 30 SEPTEMBER 2018: Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengadakan satu aksi perarakan berjalan dari Stesen LRT Masjid Jamek ke Bukit Bintang pada hari ini, dengan tuntutan hak perumahan bersempena dengan sambutan Hari Habitat Sedunia.

Hari Habitat Sedunia disambut pada hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun. PSM menganjurkan aksi jalanan pada tahun ini bersempena dengan hari yang penuh bermakna ini dengan mengetengahkan masalah perumahan yang dihadapi rakyat biasa dan juga tuntutan rakyat untuk perlindungan hak perumahan. Tema aksi Hari Habitat tahun ini ialah “Perumahan untuk Semua”.

42800881_683513208714496_5879684626200395776_n - Copy

Aktivis PSM bersama dengan penduduk dari kawasan peneroka bandar, ladang dan rumah pangsa, serta anak-anak muda dan kumpulan masyarakat, telah berarak dengan penuh semangat di jalanan Kuala Lumpur dengan laungan slogan “rumah selesa”, “hentikan pengusiran paksa”,“jangan lelong rumah rakyat” dan sebagainya.

Wakil daripada kawasan yang menghadapi masalah pengusiran seperti Jinjang Selatan Tambahan dan Kampung Padang Jawa, turut berucap dalam perhimpunan di penghujung aksi perarakan hari ini.

42809457_327120124516360_8366324322393915392_n

Para peserta turut melafazkan tuntutan yang dibawa dalam Deklarasi Hari Habitat 2018. PSM telah mengemukakan tuntutan perumahan untuk semua yang merangkumi dasar perumahan mampu milik/sewa untuk semua rakyat, penyediaan rumah pertama untuk rakyat diambilalih sepenuhnya oleh kerajaan, hentikan kekejaman bank terhadap peminjam perumahan yang miskin, pengiktirafan terhadap peneroka bandar, hentikan pengusiran paksa, pengambilalihan penyelenggaraan rumah pangsa kos rendah oleh Kerajaan Tempatan, pengenalan cukai hartanah yang progresif dan strategik, dan jaminan hak perumahan kepada pekerja migran serta pelarian.

Karthiges, Penyelaras Biro Perumahan dan Peneroka PSM, telah menegaskan bahawa, “Rumah adalah hak rakyat, bukannya komoditi untuk diniagakan!”

42800927_259112864945050_3100577401113935872_n

42773411_941599732707225_4636689432534056960_n

42792533_1085445241617114_7532858984865202176_n - Copy

Baca selanjutnya:

Deklarasi Hari Habitat 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *