Bangladesh: Perdana Menteri letak jawatan dan larikan diri selepas gelombang protes hebat

Seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain yang mengalami pergolakan politik serupa, tindakan pihak tentera di Bangladesh hanya sekadar untuk menyelamatkan kelas pemerintah dengan menukar ketua kerajaan yang tidak lagi menguasai kepercayaan rakyat dan melakukan “peralihan kuasa yang tersusun” kepada pihak yang akan terus menjaga kepentingan kelas elit pemerintah di dalam negara dan golongan kapitalis luar negara yang melaburkan modal di Bangladesh.

Bangladesh: Protes tuntut pembaharuan kuota dizalimi

Protes yang diterajui oleh pelajar-pelajar dari universiti-universiti dan disertai oleh masyarakat umum di Bangladesh ini bukan sahaja membantah sistem kuota dalam pengambilan kerja kerajaan yang dianggap mewujudkan nepotisme, malah juga menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penindasan zalim oleh kerajaan terhadap rakyat yang berprotes dan kegagalan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi di negara itu.