Program bantu pengusaha lembu tenusu tidak telus

Walaupun inisiatif yang diambil oleh Kementerian Perpaduan Negara diberitakan telah mendapat sambutan baik daripada pengusaha-pengusaha lembu tenusu, namun selepas pengumuman ini keluar dalam berita dan media sosial, ramai penternak tenusu berasa tidak puas hati kerana program ini tidak telus, tidak mesra dan mencurigakan.