Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.
Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya
oleh Cecilia Antonysamy “Anak saya 3 orang – umur 15 tahun, 12 tahun, dan 2 tahun”, kata seorang bekas pekerja pembersihan sekolah yang diberhentikan kerja tempoh hari 31 Mei 2019 lalu. “Duit lampin bayi, duit beli susu dah berapa dah sebulan? Anak saya yang berumur 15 tahun akan menduduki PMR akhir tahun ini, terpaksa saya … Continue reading Nasib kelas pekerja dalam sistem kapitalis dan jalan keluarnya
Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?
Perjuangan kelas merupakan penggerak sejarah masyarakat manusia. Perjuangan kelas telah membawa perubahan kepada masyarakat kita dalam pelbagai aspek.