PSM Pulau Pinang amat kecewa dengan tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pulau Pinang yang memberhentikan bayaran bantuan kebajikan bulanan, seperti Bantuan Warga Emas (BWE) dan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja, kepada beberapa orang atas alasan yang tidak munasabah, iaitu mereka tinggal di pusat jagaan yang tidak berlesen.
OKU gesa hapuskan birokrasi dalam Jabatan Kebajikan Masyarakat
Sekumpulan wakil warga Orang Kurang Upaya (OKU) telah berjumpa dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, pada 26 April 2021, untuk menyampaikan ketidakpuasan hati mereka terhadap insiden layanan yang tidak profesional oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap warga OKU yang hendak membuat aduan mengenai tentang masalah bayaran elaun bulanan OKU mereka yang tergendala. Mereka juga mengutarakan isu Borang Kaji Semula Bantuan Kewangan JKM yang bersifat birokratik dan menyusahkan golongan OKU.