Penternak-penternak lembu di kawasan ladang menawarkan penyelesaian tempatan untuk isu keterjaminan makanan, tetapi mereka menghadapi pengusiran secara sistemik.
Jangan usir penternak lembu di Ladang Sabak Bernam
Gabungan Penternak Marhaen Nasional menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mencampur tangan untuk menghentikan pengusiran paksa terhadap penternak-penternak kecil yang mengusahakan aktiviti penternakan di kawasan ladang milik syarikat SD Guthrie Berhad.
