Revolusi Inggeris ialah revolusi borjuis yang hebat selepas Pemberontakan Belanda dan sebelum Revolusi Perancis yang akan berlaku lebih satu abad kemudian. Ia merupakan perjuangan kelas yang hebat antara kelas pemerintah feudal yang lama (raja, golongan bangsawan lama dan golongan tuan tanah feudal) dan kelas borjuis yang baharu muncul pada masa itu (seperti golongan pedagang, golongan gentri dan golongan pemilik tanah yang bukan keturunan bangsawan lama) yang disokong oleh kelas-kelas sosial menengah serta bawahan (seperti golongan petani kecil, golongan pemilik harta kecil, tukang-tukang dan askar-askar bawahan).