Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.
Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan
Parti Sosialis Malaysia (PSM) amat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan kelmarin oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan pilihanraya tempatan kerana mungkin akan membawa kepada konflik perkauman dalam negara. Ini adalah satu alasan yang tempang yang telah pun dikitar semula berulang kali untuk menafikan hak rakyat untuk memilih wakil mereka di … Continue reading Jangan kitar semula alasan yang tempang untuk tangguh pilihanraya tempatan