Afghanistan: Neraka ciptaan imperialisme

Kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) telah menduduki Afghanistan untuk hampir 20 tahun dengan alasan membanteras keganasan dan mewujudkan demokrasi di negara Asia Tengah itu. Namun, apabila tentera AS dan sekutunya dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meninggalkan Afghanistan baru-baru ini, Taliban mengambil alih negara itu daripada kerajaan pusat yang disokong oleh AS dalam masa yang sangat singkat. Pengembalian Taliban sebagai kuasa yang memerintah Afghanistan menandakan kegagalan imperialis AS yang paling memalukan setakat ini dalam abad ke-21.