Gabungan Marhaen menggesa pihak polis supaya menghentikan segera tindakan mengintimidasi aktivis dan keluarga mereka.
Bazir masa dan dana awam: Polis semakin remeh?
Kini wujudnya begitu banyak kerja yang tidak perlu untuk satu memorandum yang telah diserahkan secara aman.
PSM sokong pendirian PAC – Tetapkan gaji siling untuk CEO dan pengarah badan berkanun sekarang juga
PSM mengalu-alukan permintaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk menetapkan garis siling bagi gaji ketua eksekutif (CEO) atau pengarah urusan Badan Berkanun Persekutuan (BBP).
Penyumberan luar kepada kontraktor swasta terus memangsakan pekerja bergaji rendah di sekolah kerajaan – Laporan kajian JPKK dedahkan lagi kepincangan sistem kontrak
Laporan kajian JPKK yang terbaru mendedahkan bahawa sistem kontrak perkhidmatan terhad masa terus disalahgunakan dalam pengupahan pekerja-pekerja perkhidmatan sokongan (termasuk pekerja pembersihan, tukang kebun dan pengawal keselamatan) yang berkhidmat di sekolah-sekolah kerajaan di mana pekerja-pekerja ini menghadapi pelbagai masalah seperti pelanggaran hak pekerja dan tiada keterjaminan kerja.
Mengapa MADANI membuli Malaysiakini?
Kerajaan harus meminta maaf secara terbuka kepada Malaysiakini dan memberi jaminan kepada semua pihak media bahawa insiden mengintimidasi media tidak akan berulang lagi.
Lindungi hak tanah wilayah adat OA – Mesej Hari OA Sedunia 2024
Tema sambutan tahun ini ialah “Melindungi Hak OA untuk Hidup Dalam Pengasingan dan Hubungan Awal Secara Sukarela”.
Bangladesh: Perdana Menteri letak jawatan dan larikan diri selepas gelombang protes hebat
Seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain yang mengalami pergolakan politik serupa, tindakan pihak tentera di Bangladesh hanya sekadar untuk menyelamatkan kelas pemerintah dengan menukar ketua kerajaan yang tidak lagi menguasai kepercayaan rakyat dan melakukan “peralihan kuasa yang tersusun” kepada pihak yang akan terus menjaga kepentingan kelas elit pemerintah di dalam negara dan golongan kapitalis luar negara yang melaburkan modal di Bangladesh.
Venezuela: Revolusi Bolivar diancam serangan pelampau kanan sekali lagi
Venezuela dilanda krisis politik baharu apabila puak berhaluan kanan di negara itu mencuba untuk merampas kuasa sekali lagi dengan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden. Puak berhaluan kanan telah menghasut orang ramai untuk berprotes membantah kerajaan pimpinan Nicolás Maduro, sementara rakyat Venezuela yang mendukung Revolusi Bolivar turut bermobilisasi untuk mempertahankan kerajaan Maduro daripada digulingkan oleh kuasa pelampau kanan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Israel langsung tidak mahu keamanan di Timur Tengah
Pembunuhan Ismail Haniyeh, pemimpin utama kumpulan Hamas, merupakan sebahagian daripada cubaan terdesak Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, untuk mencetuskan peningkatan konflik di rantau Timur Tengah supaya dia dapat terus berkuasa.
PSM terus perjuangkan alternatif yang progresif: Catatan ringkas Kongres Nasional PSM ke-26
PSM bertekad untuk terus membina kuasa ketiga yang progresif sebagai alternatif kepada rakyat dalam suasana politik negara yang masih dihantui oleh isu perkauman dan pelbagai masalah yang disebabkan oleh sistem kapitalis. Ketekadan untuk memajukan gerakan kiri di tanah air ini ditunjukkan dalam semangat yang dibawa balik oleh ahli-ahli PSM yang menghadiri Kongres Nasional PSM ke-26.
