KLANG, SELANGOR – 13 NOVEMBER 2025: Hari ini memasuki hari keempat perobohan rumah penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran, Klang, Selangor. Pihak polis telah bertindak keras sejak awal pagi lagi dengan menahan lebih ramai orang yang cuba mempertahankan rumah penduduk Kampung Jalan Papan daripada diroboh oleh pemaju zalim.

Setakat jam 11 pagi, sekurang-kurangnya 9 orang telah ditahan polis. Mereka yang ditahan termasuk M. Sivaranjani (Setiausaha Agung PSM), Soh Sook Hwa (Bendahari Nasional PSM), Aein Aneera (aktivis PSM Pulau Pinang), Rama (aktivis PSM Klang), Tan Kah Wae (aktivis PSM Kuala Lumpur), Wong Kukui (aktivis MANDIRI), Peko (aktivis MANDIRI), dan Tang Bing Ai (penduduk Kampung Jalan Papan).

Selain itu, tiga orang yang ditahan semalam, termasuk S. Arutchelvan (Timbalan Pengerusi PSM), masih belum dibebaskan, dan pihak polis hendak memohon reman terhadap mereka. Lebih 56 buah organisasi masyarakat sivil telah mengeluarkan kenyataan bersama untuk mendesak pembebasan semua yang ditahan.

Penduduk-penduduk Kampung Jalan Papan telah berulang kali mengemukakan tuntutan mereka kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya mencampur tangan untuk menangguhkan perobohan rumah sebelum penempatan semula yang munasabah disediakan, mengadakan rundingan tiga pihak dan melaksanakan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang menjanjikan pembinaan rumah teres bagi penduduk-penduduk Kampung Jalan Papan. Namun, Kerajaan Negeri Selangor masih gagal mengambil apa-apa tindakan yang bermakna sehingga hari ini.

Baca selanjutnya tentang latar belakang isu perumahan Kampung Jalan Papan di sini.

One thought on “Lagi ramai orang ditangkap di Kampung Jalan Papan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *