Pada ketika negara Indonesia dilanda gelombang kebangkitan rakyat yang hebat untuk mencabar kekuasaan rejim pemerintahan Prabowo Subianto dan keganasan pihak berkuasa, Perserikatan Sosialis, sebuah organisasi politik berhaluan kiri di Indonesia, mengemukakan 9 tuntutan pekerja dan rakyat seperti berikut:

1. Menghapuskan keistimewaan dan memotong gaji untuk pegawai-pegawai kerajaan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai agensi bukan kementerian, pesuruhjaya-pesuruhjaya dan pengarah-pengarah syarikat milik negara ke tahap gaji purata, demi pendidikan percuma, kesihatan percuma, subsidi awam dan kesejahteraan pekerja serta rakyat.

2. Mengurangkan belanjawan kepada institusi-institusi, kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan yang tidak berkaitan dengan kesejahteraan awam – termasuk Kementerian Pertahanan, Polis, Pejabat Peguam Negara, Agensi Perisikan Negara, Dewan Perwakilan Rakyat dan Majlis Permesyuaratan Rakyat – demi pendidikan percuma, kesihatan percuma, subsidi awam dan kesejahteraan pekerja serta rakyat.

3. Meningkatkan gaji pekerja dan mengurangkan cukai terhadap rakyat.

4. Mengenakan gaji progresif yang lebih tinggi terhadap syarikat korporat besar, bank dan konglomerat.

5. Membebaskan komrad-komrad kami yang ditahan dengan segera dan tanpa syarat!

6. Menangkap, mendakwa dan memenjarakan pegawai yang bertanggungjawab atas pelanggaran hak asasi manusia!

7. Mengurangkan belanjawan kepolisan dan melucutkan senjata Polis Negara Indonesia (POLRI) serta setiap alat rejim Prabowo-Gibran!

8. Tentera kembali ke berek!

9. Merampas semua harta perasuah dan konglomerat yang mengelak daripada percukaian, demi pendidikan percuma, kesihatan percuma, subsidi awam dan kesejahteraan pekerja serta rakyat.

Perserikatan Sosialis juga menyeru kepada massa rakyat Indonesia untuk menubuhkan jawatankuasa perjuangan di setiap kampus, kampung, kawasan kejiranan dan kilang supaya terus melancarkan aksi protes, mogok dan pendudukan. Jawatankuasa perjuangan ini boleh berkembang menjadi embrio kuasa rakyat yang mampu menggantikan kekuasaan elit politik yang korup. Perserikatan Sosialis menyeru untuk mengadakan aksi seluruh negara Indonesia pada 3 September 2025.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *