
TAPAH, IPOH – 20 APRIL 2025: Bawani KS, calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan DUN Ayer Kuning, meneruskan tradisi PSM dengan mengisytihar hartanya pada hari ini. Ini menjadikan Bawani KS satu-satunya calon dalam PRK Ayer Kuning yang mengisytihar harta. Bawani juga mencabar dua orang calon lain dalam PRK Ayer Kuning (daripada BN dan PN) untuk melakukan perkara yang sama demi menyatakan komitmen mereka dalam usaha membanteras rasuah dan menegakkan politik yang bersih.
“Isu rasuah yang melibatkan ahli politik ini bukannya sesuatu yang baharu di Malaysia,” kata Bawani semasa sidang media khas perisytiharan harta calon PSM untuk kawasan DUN Ayer Kuning. “Kita boleh nampak adanya ramai wakil rakyat yang mempunyai isu rasuah. Adanya kes yang masih berjalan, adanya yang dilepaskan begitu sahaja. Isu rasuah ini sangat serius. Amalan perisytiharan oleh calon pilihan raya dan wakil rakyat ini bertujuan untuk mewujudkan mekanisme semak-dan-imbang supaya memastikan wakil rakyat adalah bersih.”
Sidang media perisytiharan harta oleh Bawani diadakan di Pasar Tani Tapah pada hari ini. Turut hadir ialah S. Arutchelvan selaku Timbalan Pengerusi Nasional PSM dan Nik Aziz Afiq selaku Ahli Jawatankuasa Pusat (PSM).

Perisytiharan harta calon pilihan raya merupakan satu amalan yang dimulakan oleh PSM sejak tahun 1999 apabila Dr. Jeyakumar Devaraj berbuat demikian semasa bertanding untuk kali pertama di kawasan Parlimen Sungai Siput. Selepas Dr. Jeyakumar dipilih sebagai Ahli Parlimen kawasan Sungai Siput dan Dr. Nasir Hashim dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor pada tahun 2008, mereka mengisytihar harta setiap tahun untuk disemak oleh orang ramai. Perisytiharan harta oleh calon pilihan raya dan kemudiannya dilakukan secara tahunan oleh wakil rakyat yang dipilih, merupakan satu pendekatan yang membolehkan rakyat menyemak, memantau dan menilai sama ada seseorang ahli politik itu menyalahgunakan jawatan wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat untuk menyeleweng dan mengumpul harta kekayaan bagi diri sendiri. Hanya selepas bertahun-tahun lamanya PSM mengamalkan perisytiharan harta calon pilihan raya dan perisytiharan harta wakil rakyat secara tahunan, barulah parti politik lain mengikuti jejak langkah PSM tetapi masih tidak konsisten dalam amalan ini.
Dalam surat akuan berkanun yang dikemukakan oleh Bawani nilai aset bersih yang dimilikinya sehingga 15 April 2025 adalah dianggarkan sebanyak RM21,248.46. Mengulas tentang nilai aset bersih yang sedikit walaupun merupakan seorang peguam, Bawani berkata bahawa dia telah mengambil banyak kes secara pro bono, iaitu berkhidmat tanpa menerima bayaran, khususnya dalam kes guaman yang melibatkan masyarakat Orang Asli dan petani kecil.
Senarai harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan Bawani adalah seperti yang berikut:
Aset sehingga 15 April 2025
A: Tunai dan simpanan
Jenis | Jumlah (RM) |
Tunai di Tangan | 583.70 |
Wang Simpanan di PUBLIC BANK BERHAD CIMB BANK MAYBANK RHB BANK TNG eWALLET CRYPTO | 8,162.62 5,663.09 194.86 2000.00 1,008.95 3,025.14 |
Jumlah | 20,638.36 |
B: Harta/peralatan
Jenis | Jumlah (RM) |
Peribadi | |
1. Kereta Bezza (2019) | 27,000.00 |
2. Telefon Honor X9B (2024) | 1,499.00 |
Jumlah | 28,499.00 |
C: Hutang sehingga 15 April 2025
Jenis pinjaman | Pemiutang | Jumlah Hutang (RM) |
Pinjaman Kereta | Pinjaman Public Bank | 13,139.90 |
Pinjaman Pendidikan | PinjamanPengajian Tinggi Perak | 14,750.00 |
Jumlah | 27,889.90 |
Nilai aset bersih sehingga 15 April 2025
Jumlah nilai aset (RM) | Jumlah hutang (RM) | Jumlah bersih (RM) |
A + B | C | (A+B)-C |
49,137.36 | 27,889.90 | 21,248.46 |
Jumlah | 21,248.46 |
Perbelanjaan bulanan pada bulan 30 Mac 2025
Jenis perbelanjaan | Butir perbelanjaan | Perbelanjaan bulanan semasa (RM) |
Bil bulanan peribadi | Postpaid, minyak kereta, tol, bayaran pinjaman, makanan dan lain-lain | 2000.00 |
Sumbangan kepada parti | Sewa, utiliti PSM Kampar dan lain-lain | 500.00 |
Sumbangan kepada keluarga | 1500.00 | |
Jumlah | 4,000.00 |

Akuan berkanun perisytiharan harta Bawani boleh dimuat turun di sini:
One thought on “Bawani satu-satunya calon yang isytihar harta dalam PRK Ayer Kuning”