oleh S. Arutchelvan
John Cantius Francis dari Gatco telah meninggal dunia pada 11 Disember 2024 selepas terlantar di katil beberapa bulan. Beliau mungkin satu-satunya ahli PSM di Gatco dan pemimpin yang paling utama dalam perjuangan untuk tuntutan 8 ekar tanah bagi peneroka Gatco. Beliau pada asalnya hanya mengambil alih perjuangan ini daripada bapanya tetapi John terbukti seorang pemimpin yang luar biasa. Sebagai seorang guru dan penguasaannya dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil menjadikannya seorang pemidato yang hebat.
John telah memimpin sekumpulan peneroka sekitar 140 orang dalam perjuangan berpanjangan untuk 8 ekar tanah bagi setiap peneroka di Kampung Gatco (juga dikenali sebagai Kampung Serampang Indah), Jempol, Negeri Sembilan. Perjuangan ini telah dikhianati oleh banyak orang daripada mereka yang berkuasa, termasuk ahli-ahli politik daripada kedua-dua pihak gabungan parti arus perdana dan oleh kerana itu, para peneroka juga berpecah kepada dua kumpulan besar. Ia merupakan cabaran yang hebat untuk John dan pasukannya melawan kerana majoriti peneroka telah berkompromi dengan tuntutan yang lebih rendah. Peneroka-peneroka juga berpecah mengikut kumpulan etnik, aliran politik, oportunisme dan banyak lagi faktor. Apabila rakyat berpecah akan sering dikalahkan.
Dalam dekad terakhir hidupnya, John telah membuat banyak pengorbanan untuk perjuangan demi mendapatkan 8 ekar tanah kepada peneroka-peneroka Gatco. John ialah seorang guru dan juga seorang petani. Rumahnya sering menjadi pusat operasi untuk membina gerakan demi mendapat semula tanah yang hilang itu. Kehadirannya membangkitkan keyakinan dan motivasi kepada orang di sekelilingnya.
Beliau baru sahaja bersara pilihan sendiri dan sedang bersedia untuk memfokus sepenuhnya dalam perjuangan ini, apabila dia dilanda tragedi hidupnya. Beliau telah terlantar selama beberapa bulan dan pemergian tidak tepat pada masa ini mungkin merupakan pembebasan terbaik untuknya. Isterinya, Philomena, dan anak-anaknya ialah pelita harapan untuknya, sentiasa menyokongnya dan menjaganya sehingga hembusan nafas terakhir.
Takziah kepada keluarga John Cantius, penduduk-penduduk di Gatco, dan kawan-kawan karibnya. Jarang sekali kita dapat menemui seorang pemimpin komuniti dengan begitu berbakat dan berkarisma. Rakan-rakan seperjuangan PSM di Negeri Sembilan akan merasai kehilangan ini seperti saya.
John Cantius akan diperingati. Kepimpinannya, rumahnya, tanahnya, kebunnya dan penduduknya semua akan mengucaplan selama jalan kepada orang yang hebat ini.
Bersemadilah dengan penuh kuasa komrad John Gatco.
==========
S. Arutchelvan ialah Timbalan Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM).