(Berikut ialah kenyataan bersama yang dibuat oleh Jaringan Kiri Asia Tenggara dan disokong oleh pelbagai organisasi di peringkat antarabangsa.)

Kami, organisasi-organisasi yang bertandatangan di bawah, amat mengambil berat tentang pendakwaan terhadap 3 orang aktivis di Singapura kerana menganjurkan aksi solidariti bersama Palestin.

3 orang aktivis solidariti pro-Palestin tersebut, Annamalai Kokila Parvathi, Siti Amirah Mohamed Asrori dan Mossammad Sobikun Nahar, telah didakwa di makkamah pada 27 Jun 2024, di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana menganjurkan sebuah perhimpunan atau perarakat tanpa permit berkenaan aksi solidariti bersama Palestin pada 2 Februari 2024.

Sebagai sebahagian daripada Hari Kebangsaan Bersolidariti Bersama Palestin, kira-kira 70 orang telah berarak ke Istana Presiden pada 2 Februari 2024 untuk menyerahkan surat yang menyeru pada Perdana Menteri Singapura untuk menghentikan keterlibatan kerajaan Singapura dalam genosid yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.

Kerajaan Singapura bukan sahaja enggan mendengar tuntutan rakyat dengan mengambil tindakan konkrit untuk menamatkan genosid di Palestin, ia sebaliknya bertindak mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang bersuara secara aman untuk bersolidariti bersama rakyat Palestin.

Kami menyeru pada kerajaan Singapura untuk:

  • Menarik balik semua pertuduhan terhadap akvitis-aktivis yang terlibat dalam aksi bersolidariti untuk Palestin secara aman;
  • Menghentikan semua penyiasatan dan intimidasi terhadap aksi bersolidariti untuk Palestin secara aman;
  • Berhenti daripada bersubahat dalam genosid di Palestin yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dengan memutuskan semua hubungan dengan Israel.

**********

Kenyataan ini disokong oleh:

  1. Parti Sosialis Malaysia (PSM), Malaysia
  2. Partido Lakas ng Masa (PLM), Philippines
  3. Socialist Worker Thailand
  4. Konfederasi Pergerakan Rakyat Indonesia (KPRI), Indonesia
  5. Marsinah.id, Indonesia
  6. Perempuan Mahardhika, Indonesia
  7. Perserikatan Sosialis, Indonesia
  8. Partai Pembebasan Rakyat, Indonesia
  9. Praxis, Indonesia
  10. Sembada Bersama, Indonesia
  11. East Cinema, Indonesia
  12. Socialist Alliance, Australia
  13. Socialist Alternative, Australia
  14. Solidarity, Australia
  15. Jews Against The Occupation 1948, Australia
  16. Palestine Action Group Sydney, Australia
  17. Trade Unionists for Palestine, Australia
  18. Communist Party of India (Marxist-Leninist) Liberation
  19. Gabungan Marhaen, Malaysia
  20. People Like Us Support Ourselves (PLUsos), Malaysia
  21. Socialist Aotearoa, New Zealand
  22. Haqooq Khalq Party, Pakistan
  23. CoRRECT Movement, Philippines
  24. Green Party of the Philippines
  25. Socialist People’s Forum, Sri Lanka
  26. Ecosocialism 2024 Conference
  27. Revolutionary Communist International Tendency (RCIT)

===========

Diterjemah daripada tulisan asal dalam Bahasa Inggeris. Baca kenyataan dalam Bahasa Inggeris di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *