Pilihan raya umum mungkin akan berlangsung tidak lama lagi. Dalam setiap pilihan raya, kita pasti akan menyaksikan pertunjukan politik daripada golongan politikus daripada parti-parti politik arus perdana yang menaburkan pelbagai janji manis untuk meraih undi sokongannya. Namun, selepas pilihan raya, golongan politikus yang menang kerusi dan memegang kuasa pemerintahan biasa akan terus melupakan janji-janji pilihan raya, malah adanya yang pernah mengatakan bahawa manifesto pilihan raya itu bukannya kitab suci.
Adakah nasib pengundi dalam pilihan raya umum akan datang nanti akan sama seperti nasib makhluk-makhluk di bawah ini?
(Lukisan kartun oleh Antara Garis Hitam)