Pekerja pembersihan alami masalah tekanan jiwa kerana gangguan dan ancaman daripada syarikat Edgenta UEMS

Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) mengadakan satu aksi protes pada 22 April 2021 di hadapan Hospital Seri Manjung, untuk menggesa Edgenta UEMS supaya menghentikan segala gangguan dan tekanan terhadap pekerja pembersihan di situ.