oleh Penah Merah Lenin

Bumi bergegar, rumahku dibakar,
Kampungku hancur, kebebasanku ditegar,
Akanku melangkah, biar sukar,
Perjuangan kemerdekaanku, masih mekar.

Api dipotong, air dikunci,
Wang dijunjung, majikanku keji,
Aku sabar, hatiku suci,
Kini
Tercetus sudah, api panji.

Upah sekupang, peluh sebaldi,
Lawan sekarang, bila lagi,
Kaum buruh, hancur rantai gari,
Kemerdekaan adalah realiti.

Leave a Reply

Your email address will not be published.