Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global

Populisme Kanan sudah menjadi satu trend politik yang sedang melanda negara-negara di seluruh dunia dalam satu dekad yang lalu. Ia menjadi ancaman kepada ruang demokrasi dan penghalang kepada usaha pembebasan masyarakat. Keputusan referendum Brexit di UK dan kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden AS pada tahun 2016 menandakan bahawa “kebangkitan” populis kanan itu sesuatu yang … Teruskan membaca Ancaman Populisme Kanan dalam konteks krisis global

Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

"Kita perlukan golonggan kiri yang menyedari bahawa menjadi radikal bukannya terdiri daripada membangkitkan slogan yang paling militan atau melakukan aksi yang paling ekstrim - dengan hanya beberapa orang sahaja bersetuju, dan menakutkan majoriti - tetapi sebaliknya berkeupayaan dalam mewujudkan ruang untuk sektor-sektor yang seluas mungkin bagi bertemu dan bergabung tenaga dalam perjuangan. Kesedaran bahawa jumlah … Teruskan membaca Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

Imperialisme

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang mempunyai sifat perluasan paling hebat dalam sejarah. Kapitalisme menular dan menelan seluruh dunia tanpa halangan. Perluasan ekonomi kapitalis berkaitan rapat dengan imperialisme. Sejarah kapitalisme perindustrian boleh dibahagikan kepada dua peringkat utama: Peringkat persaingan bebas – dari 1760-an (Revolusi Industri) hingga tahun 1880-an Peringkat imperialis – dari tahun 1880-an hingga sekarang … Teruskan membaca Imperialisme

Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Teruskan membaca Kapitalisme dan perkauman

Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?

“Segala sejarah masyarakat sehingga ke hari ini, adalah sejarah perjuangan kelas.” – Karl Marx & Friedrich Engel, Manifesto Komunis, 1848. Apa itu kelas? Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah di mana guru mengajar murid-murid. Perjuangan kelas di sini juga bukan bermaksud pergaduhan dalam bilik darjah antara murid-murid ataupun guru bergaduh dengan murid-muridnya. Kelas … Teruskan membaca Adakah perjuangan kelas masih relevan hari ini?

Revolusi Rusia 1917

A. Pendahuluan 1. Revolusi Rusia merupakan peristiwa politik yang amat penting dalam abad ke-20. Revolusi Rusia bukan sahaja menggegarkan seluruh negara Rusia, tetapi juga membentuk sejarah dunia yang menjangkaui hampir keseluruhan abad ke-20. 2. Revolusi Rusia berkemungkinan merupakan peristiwa sejarah moden yang paling disalahfahami dan disalahtafsir oleh ramai orang. Revolusi Rusia telah banyak dikaburkan dengan … Teruskan membaca Revolusi Rusia 1917

Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan rangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Teruskan membaca Perjuangan kelas dan pembebasan wanita