Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

SEMENYIH, SELANGOR – 1 MAC 2019: “Kami telah melakukan yang sebaik mungkin untuk menampilkan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berkualiti sebagai pilihan untuk mewakili rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, dan kini terletak dalam tangan pengundi Semenyih untuk menentukan siapa yang bakal dipilih menjadi ADUN Semenyih,” begitu katanya S. Arutchelvan selaku Pengarah Jentera Kempen … Teruskan membaca Pilihan dalam tangan pengundi Semenyih

Menteri jangan jadi jurucakap majikan

SEMENYIH, SELANGOR – 28 FEBRUARI 2019: “Menteri perlu berhenti menjadi jurucakap untuk majikan. Jika hendak menjadi jurucakap untuk majikan, lebih baik meletak jawatan dan bekerja terus untuk Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF),” begitunya seruan daripada S. Arutchelvan, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), dalam satu sidang akhbar khas pelancaran talian hotline aduan gaji minimum yang … Teruskan membaca Menteri jangan jadi jurucakap majikan

PSM lancar hotline aduan gaji minimum

SEMENYIH, SELANGOR – 28 FEBRUARI 2019: Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil kesempatan Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih untuk melancarkan semula hotline aduan gaji minimum. Pelancaran yang dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di Pusat Khidmat PSM Semenyih pada hari ini, dihadiri oleh M. Sivaranjani (Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Penyelaras Biro Pekerja PSM), S. … Teruskan membaca PSM lancar hotline aduan gaji minimum

Masyarakat sivil seru untuk undi PSM dalam PRK Semenyih sebagai usaha membina kuasa progresif baru

SEMENYIH, SELANGOR – 27 FEBRUARI 2019: Aktivis-aktivis masyarakat sivil daripada pelbagai latar belakang telah menyeru pada pengundi di kawasan DUN Semenyih untuk mengundi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Semenyih yang akan datang ini, sebagai satu langkah yang penting untuk membina kuasa progresif yang baru dalam politik Malaysia. Seruan … Teruskan membaca Masyarakat sivil seru untuk undi PSM dalam PRK Semenyih sebagai usaha membina kuasa progresif baru

Sistem kontrak di premis kerajaan – formula untuk kekalkan kemiskinan pekerja bawahan

SEMENYIH, SELANGOR – 26 FEBRUARI 2019: Sistem kontrak ataupun penyumberan luar (outsourcing) untuk kerja-kerja khidmat sokongan seperti kawalan keselamatan dan pembersihan di premis-premis kerajaan, telah membiak dan mengekalkan kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja berpendapatan rendah. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan sistem kontrak untuk kerja-kerja khidmat sokongan di … Teruskan membaca Sistem kontrak di premis kerajaan – formula untuk kekalkan kemiskinan pekerja bawahan

Somonyih Tompek Kito

oleh Nik Aziz Afiq Di sini, Kita mengenal kehidupan, Memulakan pembelajaran, Membina keluarga aman, Mencari rezeki Tuhan, Menyumbang bakti watan, Menawar khidmat tanpa sekatan. Di sini, Kita berkenalan, Menjalin jaringan persahabatan, Menyemai benih kenangan, Meraih detik kejayaan, Menempuh saat kegagalan, Mengharung tiap ujian. Walau berbeza fahaman parti, Somonyih Tompek Kito, Walau beragama dengan cara berlainan, … Teruskan membaca Somonyih Tompek Kito

PTPTN bukan model yang mampan untuk pendidikan generasi akan datang

SEMENYIH, SELANGOR – 25 FEBRUARI 2019: Pemuda Parti Sosialis Malaysia menyarankan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kerana ia merupakan sebuah model yang tidak mampan, dan perlu digantikan dengan pendidikan percuma untuk semua sehingga peringkat tertiari. Saranan ini dibuat oleh Pemuda PSM dalam sidang akhbar khas yang diadakan pada hari ini bersempena … Teruskan membaca PTPTN bukan model yang mampan untuk pendidikan generasi akan datang