oleh Mohd Azlan Shah

Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) menerima aduan bahawa kilang Infineon telah mengingkar arahan rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menutup sementara operasi kilang itu bermula dari 2 Jun 2021 hingga 9 Jun 2021.

Notis penutupan sementara yang telah dikeluarkan oleh KKM kerana terdapat beberapa kes positif COVID-19 yang baharu di kilang Infineon.

Namun begitu, pihak kilang telah mengeluarkan arahan melalui e-mel kepada pekerja untuk hadir bekerja mulai 5 Jun 2021 walaupun tarikh dalam notis adalah sehingga 9 Jun 2021.

Alasan yang diberikan oleh pihak Infineon adalah mereka telah mendapat persetujuan daripada KKM. Namun demikian, tiada surat hitam putih daripada pihak KKM Melaka yang diberikan untuk mengesahkan perkara ini.

Pihak Infineon dan KKM harus menjelaskan kenapa kilang Infineon dibenarkan untuk beroperasi semula. Hampir 1% rakyat Melaka bekerja dalam bangunan industri Infineon Melaka yang sangat padat. Pemberian kelulusan beroperasi ketika “Lockdown Penuh” kepada Infineon boleh menggagalkan usaha membendung penularan COVID-19.

Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka) menyeru pada pihak polis untuk menyiasat perkara ini dengan serta-merta.

==========

Mohd Azlan Shah ialah Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Negeri Melaka (PSM Melaka).

==========

Dapatkan informasi terkini mengenai Parti Sosialis Malaysia (PSM) sekarang dengan mengikuti saluran Telegram PSM.

One thought on “Adakah kilang Infineon (Melaka) mengingkari arahan KKM?

  1. Wait I’m a bit confused, isn’t it closed recently because alot of workers there contracted Covid?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *