KUALA LUMPUR: Dua orang pekerja kawalan keselamatan, Kovalan dan Kanagavalli, menang dalam kes tuntutan mereka di Mahkamah Buruh Kuala Lumpur pada 19 Mac 2021, apabila Pengerusi Mahkamah Buruh memerintahkan bahawa majikan mereka, syarikat Dura Guard, harus membayar sejumlah RM36,002 kepada mereka sebagai pampasan pemberhentian kerja dan bayaran kerja lebih masa (OT) yang tertunggak.

Kanagavali masuk kerja sebagai pengawal keselamatan yang diupah oleh syarikat Dura Guard pada bulan April 2018, sementara Kovalan mula bekerja pada bulan November 2019 di syarikat yang sama. Kedua-dua pengawal keselamatan ini ditugaskan untuk menjaga keselamatan di sebuah kondominium yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Pihak majikan berkata bahawa mereka akan dibayar gaji asas RM1,200 sebulan dan elaun tetap RM500 sebulan, menjadikan gaji mereka hanya RM1,700 sebulan. Namun, mereka perlu bekerja selama 12 jam setiap hari. Mereka juga dikehendaki bekerja setiap hari tanpa diberi cuti rehat mingguan dan cuti umum yang berbayar. Jika mereka mengambil cuti satu hari, gaji mereka akan dipotong. Selain itu, mereka tidak diberikan apa-apa dokumen kontrak perkhidmatan semasa masuk kerja dan tidak diberi slip gaji.

Pada bulan Julai 2020, kedua-dua pekerja ini diberhentikan serta-merta oleh pihak majikan apabila syarikat Dura Guard mempunyai masalah ketidaksefahaman dengan pihak badan pengurusan bersama (JMB) bagi kondomunium di mana mereka bertugas. Penyelia syarikat terus memberhentikan kerja mereka tanpa sebarang notis dan tanpa tawaran pertukaran kerja ke tempat lain.

Selepas dua orang pengawal keselamatan yang diberhentikan kerja ini berjumpa dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada bulan Ogos 2020 untuk mendapatkan khidmat nasihat, kes tuntutan mereka difailkan di Jabatan Tenaga Kerja Kuala Lumpur.

Selepas menjalani pendengaran mengenai kes ini, Mahkamah Buruh Kuala Lumpur mendapati bahawa pihak majikan gagal membayar OT kepada pekerjanya walaupun pekerja tersebut perlu bekerja 4 jam lebih masa setiap hari, termasuk hari rehat mingguan dan cuti umum, sebaliknya hanya membayar elaun tetap RM500 setiap bulan yang tidak sepadan dengan kadar bayaran OT. Oleh itu, Mahkamah Buruh memutuskan pada 19 Mac 2021 bahawa pihak majikan syarikat Dura Guard harus membayar semua tuntutan gaji kerja lebih masa yang tidak pernah dibayar kepada dua orang pekerja ini di samping bayaran ganti notis berkenaan dengan pemberhentian kerja mereka. Majikan diarahkan untuk menjelaskan bayaran dalam tempoh masa dua minggu.

Dua orang pekerja ini telah diwakili oleh A. Sivarajan, yang juga merupakan Setiausaha Agung PSM, dibantu oleh S. Yogi dan Sarah Irdina.

Sivarajan berkata, “Syabas kepada pekerja yang berani berjuang! Keputusan kes ini akan menjadi panduan kepada semua pengawal keselamatan bahawa mereka harus diberikan bayaran kerja lebih masa (OT) seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 untuk kerja secara terus selama 12 jam sehari. Elaun tetap RM500 setiap bulan tidak boleh dianggap sebagai kiraan OT. ”

7 thoughts on “Mahkamah Buruh arahkan majikan bayar gaji OT kepada pengawal keselamatan untuk kerja 12 jam

  1. Assalammualaikum dan selamat sejahtera… Saya nk tanya.. Gaji saya sebulan $1200..saya bekerja dari 10 pagi hingga 10 malam.. Satu hari ot empat jam.. Jadi ot sebulan $650…sebulan ada empat hari cuti.. Tapi kami kena keja. Klu nk cuti kami kena cari orang ganti.. Sebulan ada empat hari cuti kalau kerja majikan kena bayar macam mana? Kalau tak datang kerja TANPA MC gaji kena potong wajarkah.??

    1. syarikat keselamatan membayar gaji secara lum sum 31 hari kerja dibayar rm2000. semua jumlah diatas termasuk kerja cuti umum dan Am dan kerja lebih masa.
      Adakah wajar pihak syarikat membayar gaji dengan cara ini.
      t.kasih

  2. Syarikat bayar gaji 1100 tidak mengikut akta yg diperuntukan kerajaan
    Syarikat tidak berlaku adil dimana buat pemotongan gaji pk yg ditangkap gambar tidor semasa bertugas sedangkan pk yg menangkap gbr itu Pon Ade melakukan kesalahan yg sama

  3. Saya dulu security di DNS DATUM JELATEK. Saya kerja selama 10 hari pada bulan 8. Saya tnya *Gaji saya bulan 8 nie akan dpt sekali sama tarikh dgn anggota Lain pada 7 haribulan.* jawapan *Yes betul.* okey lah saya tunggu. Tunggu punya tunggu gaji yg 10 hari kerja tu tidak masuk sampai lah saya berhenti dan sudah hantar surat resign. Bila di tnya. *Bila nk bayar gaji 10 hari yg bulan 8 2022* jawapan sama *20 haribulan akan masuk sekali dgn advance* sampai bulan 4 2023 tk masuk masuk. How?

  4. Sambungan

    Saya kerja security di DNS DATUM JELATEK. Pada bulan 8. Sampai bulan 12. Bulan 1 saya berhenti dn dh hantar surat resign. Sampai skrg saya menunggu gaji 10 hari kerja untuk bulan 8 punya. How?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *