20200629-2 (2)

KUALA LUMPUR – 29 JUN 2020: Jawatankuasa Beku Sewa menyeru pada pihak Kerajaan supaya menggubalkan dasar dan mengambil tindakan segera untuk membantu rakyat dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan pembayaran sewa rumah sepanjang tempoh masa berlakunya krisis pendemik COVID-19 terkini. Seruan tersebut dibuat dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan oleh Jawatankuasa Beku Sewa pada hari ini.

“Krisis COVID-19 ini telah menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kehilangan pekerjaan dan mata pencarian. Hal ini telah mengakibatkan ramai antara mereka tidak mampu untuk membayar sewa rumah sehingga diusir oleh tuan rumah,” kata Azura Nasron, jurucakap Jawatankuasa Beku Sewa.

Menurut Jawatankuasa Beku Sewa, inisiatif kerajaan yang memberi pelepasan bank untuk tidak perlu membayar balik pinjaman rumah selama tempoh 6 bulan itu langsung tidak membantu golongan B40 kerana kebanyakan daripada mereka menyewa rumah dengan tuan rumah (M40 dan T20) yang membayar kepada bank. Justeru, inisiatif ini hanya membantu golongan atasan di mana pelepasan bank hanya diberikan pada tuan rumah, tetapi penyewa tetap harus membayar sewa rumah. Akibatnya, penyewa boleh dihalau keluar dari rumah sewa tersebut sesuka hati oleh tuan rumah kerana tiada satu akta yang boleh melindungi penyewa rumah jika berlakunya masalah.

Oleh sebab keadaan ekonomi akan menjadi lebih tenat lagi, adalah dijangkakan bahawa sekurang-kurangnya 2 juta orang akan kehilangan pekerjaan, khususnya untuk kebanyakan mereka yang bekerja dengan upah harian. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan perlu memikirkan dengan pragmatik untuk menyelesaikan kemelut rakyat ini.

Tuntutan Jawatankuasa Beku Sewa adalah seperti berikut:

Untuk jangka masa pendek

1. Mengecualikan pembayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR) sehingga bulan Mac 2021

  • Pengecualian sewa unit rumah PPR sehingga bulan September 2020 harus dilanjutkan sehingga bulan Mac 2021.
  • Pengecualian ini juga harus diperluaskan dari peringkat Kerajaan Persekutuan sehingga Kerajaan Negeri (termasuk perumahan di bawah penyeliaan Majlis Tempatan).

2. Menggesa Kerajaan untuk memberikan moratorium kepada pembayaran sewa bagi semua perumahan swasta selama setahun

  • Menyediakan satu dasar untuk mengetepikan sementara perjanjian penyewaan, di mana kontrak penyewaan tidak lagi terpakai sepanjang waktu krisis ini, tetapi digantikan dengan satu dasar yang disediakan oleh kerajaan untuk melindungi penyewa.
  • Di bawah dasar tersebut, Kerajaan harus memberikan moratorium sewa kepada penyewa yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  • Sehubungan dengan itu, tuan rumah yang menyewakan rumah pada golongan bergaji RM4,000 dan ke bawah harus dikecualikan daripada peningkatan faedah.
  • Tuan rumah tidak boleh menghalau penyewamereka sepanjang krisis ini.

Untuk jangka masa pendek

3. Mengembalikan Akta Kawalan Sewa (Rent ControlAct)

4. Kerajaan harus membina lebih banyak rumah mampumilik/sewa.

 

20200629

Jawatankuasa Beku Sewa terdiri daripada 17 buah organisasi, termasuk Malaysia Muda, Liga Rakyat Demokratik, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Gerakan Pembebasan Akademik (GPA), Jaringan Perumahanan Pulau Pinang, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sisters In Islam (SIS), MAJU, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan sebagainya. Turut hadir dalam sidang akhbar hari ini ialah Hisyam daripada Liga Rakyat Demokratik, Derek Yap selaku wakil pelajar, R. Karthiges selaku Ahli Jawatankuasa Pusat PSM merangkap Penyelaras Biro Perumahan PSM dan Sharan Raj selaku Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.

One thought on “Beku sewa rumah rakyat miskin sepanjang tempoh krisis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *