20200223 - coronavirus-2

Seorang pekerja pembersihan di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan, telah dipaksa untuk bekerja oleh majikannya Impressia Sdn Bhd, walaupun dia sakit.

Menurut Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), pesakit tersebut sakit dan berjumpa doktor pada 23 Mac 2020. Doktor telah memberikan sijil cuti sakit (MC) kepada pekerja tersebut, tetapi pihak majikan enggan menerima MC itu dan memaksa pekerja tersebut untuk terus bekerja pada hari itu. Malah, ketua projek Impressia Sdn Bhd di Hospital Kuala Pilah cuba mempengaruhi doktor di hospital untk tidak memberi MC kepada pekerja walaupun sakit.

Pekerja yang masih sakit tersebut berjumpa lagi doktor pada 24 Mac 2020, tetapi kali ini tidak diberi MC dan dipercayai adalah disebabkan oleh pengaruh pihak majikan. Pekerja tersebut mempunyai sejarah penyakit asma, dia telah mengalami sakit tekak dan suhu badannya 35°C, tetapi perkara ini tidak diambil berat malah diremeh-temehkan dan pihak majikan yang memaksanya untuk terus bekerja.

Pekerja tersebut bersama dengan tiga orang lain rakan sekerjanya telah membuat aduan polis berkenaan perkara ini di Ibupejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada 24 Mac 2020.

Pihak majikan, syarikat Impressia Sdn Bhd juga enggan menyediakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) seperti penutup muka dan sarung tangan yang mencukupi kepada pekerja-pekerja pembersihan yang diupahnya di Hospital Kuala Pilah, Hospital Jelebu, Hospital Jempol dan Hospital Tampin, yang terletak di Negeri Sembilan.

“Pekerja-pekerja ini hanya diberi sekeping penutup muka dan 1-2 pasang sarung tangan sehari. Adakah ini mencukupi untuk kegunaan pekerja pembersihan yang berisiko tinggi dalam menghadapi wabak COVID-19?” soal KPSPSHKSM dalam kenyataannya.

Pekerja-pekerja pembersihan hospital yang merupakan barisan hadapan melawan wabak COVID-19, berasa bimbang tentang tahap perlindungan kesihatan mereka yang mungkin akan menjejaskan kesihatan awam.

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital-hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) menyeru pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mengambil tindakan SERTA-MERTA terhadap syarikat Impressia Sdn Bhd yang gagal menjaga keselamatan pekerja dan orang awam.

3 thoughts on “Majikan paksa pekerja pembersihan Hospital Kuala Pilah bekerja walaupun sakit

  1. Perkara ini harus dipandang serius kerana melibatkan risiko yang tinggi pada pekerja. Majikan seperti ini harus diambil tindakan undang – undang .ini lah masanya Kita patut berterimakasih pada pekerja yang menolong kerajaan dalam menanggani gejala seperti sekarang

  2. Bukan setakat itu je..apa yg berlaku skrg ni..ada juga bantuan yg diterima di pihak ngo, dan perkhidmatan lain bantuan drsegi makanan contohnya…sampai tak pada mereka yg bergelar cleaner ,porter dan sebagainya…ini berlaku di hospital yg sama..nk ikut level ke…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *